TESCO Stores (M) Sdn Bhd akan melabur RM8 juta lagi bagi menurunkan harga hampir 300 produk runcit yang dijual di pasar raya Tesco seluruh negara bulan ini, menjadikan pelaburan dalam kempen pengurangan harga mencecah RM100 juta setakat ini.
Ketua Eksekutifnya, Chris Bush, berkata bermula semalam, syarikat menurunkan harga harian untuk hampir 300 produk runcitnya, dengan purata diskaun lapan peratus. Katanya, langkah itu adalah sebahagian komitmen setiap tiga bulan sekali syarikat bagi membantu pengguna berjimat dalam perbelanjaan harian mereka.
Beliau berkata, menerusi langkah itu, pengguna akan ditawarkan harga rendah harian baru setiap kali mereka membeli-belah di Tesco, iaitu daripada minyak masak dua kilogram (kg) hingga serbuk pencuci Bio Zip 2.5 kg.
“Ini adalah kempen pengurangan harga kedua Tesco tahun ini, lanjutan daripada RM12 juta yang dilaburkan pada suku sebelum ini dalam kempen pengurangan harga barang yang dijual di pasar raya syarikat.
“Sejajar dengan kemelesetan ekonomi global, kami telah berusaha keras untuk mengurangkan kos dalam perniagaan bagi disalurkan kepada pengguna menerusi pengurangan harga,” katanya dalam kenyataan semalam.
Bush juga mengumumkan Tesco melancarkan lebih 200 produk baru yang menawarkan pilihan harga yang lebih murah untuk seisi keluarga. Produk berkenaan antara lain meliputi bahan pencuci, keperluan memasak, makanan dalam tin dan sejuk beku bagi meluaskan alternatif kepada pengguna untuk berjimat.
June 19, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com