KUALA LUMPUR 18 Jun - Jualan kenderaan baharu pada Mei 2009 jatuh sebanyak 8.32 peratus atau 3,986 buah kepada 43,944 buah daripada 47,930 buah pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA), hari ini.
Jualan bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini juga merosot sebanyak 11.01 peratus atau 25,223 buah kepada 203,760 buah daripada 228,983 buah pada tempoh yang sama tahun lepas, kata MAA dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Daripada jumlah 43,944 buah kenderaan yang dijual bulan lepas, 40,118 buah adalah kenderaan penumpang, manakala baki 3,826 buah kenderaan perdagangan.
Pengeluaran kenderaan pada Mei juga menurun kepada 36,391 buah di mana 33,473 buah kenderaan penumpang dan 2,918 buah kenderaan perdagangan, daripada 42,558 buah Mei tahun lepas (39,249 kenderaan penumpang; 3,309 kenderaan perdagangan).
Pengeluaran hingga setakat ini bagi tahun ini susut sebanyak 12.7 peratus kepada 189,974 buah.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com