KUALA LUMPUR 18 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini setelah kegiatan pengambilan untung berterusan dengan penjualan saham wajaran tinggi terutamanya dalam sektor perbankan, kata para peniaga.
Pada pukul 5 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) susut 16.49 mata kepada 1,054.41 selepas dibuka 0.01 lebih rendah pada 1,069.99 pagi ini.
Indeks Perladangan susut 66.31 mata kepada 5,324.23, Indeks Kewangan turun 176.63 mata kepada 8,411.45 dan Indeks Perusahaan jatuh 10.88 mata kepada 2,328.23.
Indeks FBMEmas berkurangan 138.15 mata kepada 7,062.16, Indeks FBM30 turun 98.47 mata kepada 6,738.57, Indeks FBM2BRD jatuh 206.62 mata kepada 4,807.16 dan Indeks FBMMesdaq susut 130.93 mata pada 4,129.08.
Saham untung mengatasi rugi pada 723 berbanding 90 manakala 138 kaunter tidak berubah, 304 tidak didagangkan dan 66 yang lain digantung.
Jumlah dagangan naik kepada 1.733 bilion saham bernilai RM1.618 bilion daripada 1.359 bilion saham bernilai RM1.338 bilion semalam.
Mendahului saham aktif ialah UEM Land yang turun 24 sen kepada RM1.59 dan KNM yang susut 6.5 sen kepada 88.5 sen.
Kaunter aktif lain termasuk Compugates yang ditutup tidak berubah pada tujuh sen, Iris jatuh satu sen kepada 19 sen dan Tebrau Teguh rugi 12.5 sen kepada 81.5 sen.
Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 1.348 bilion saham bernilai RM1.513 bilion daripada 899.591 juta saham bernilai RM1.189 bilion semalam. Di Papan Kedua, jumlah dagangan bagaimanapun susut kepada 217.143 juta saham bernilai RM71.218 juta daripada 380.482 juta saham bernilai RM129.272 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menambah kepada 129.714 juta saham bernilai RM24.238 juta daripada 53.88 juta saham bernilai RM11.435 juta semalam.
Waran meningkat kepada 25.682 juta saham bernilai RM5.143 juta daripada 16.822 juta saham bernilai RM3.587 juta sebelumnya.
Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 52.0 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 256.493 juta, pembinaan 117.111 juta, dagangan/perkhidmatan 427.15 juta, teknologi 32.26 juta, infrastruktur 42.589 juta, kewangan 74.392 juta, hotel 11.642 juta, hartanah 294.438 juta, perladangan 38.77 juta, perlombongan 2,000, REIT 2.015 juta, dan dana tertutup 90,800. - Bernama
June 19, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com