June 19, 2009

Jadikan Malaysia pusat tenaga hijau serantau

KUALA LUMPUR 18 Jun - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berazam untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi tenaga hijau (mesra alam) terutama dalam tenaga solar.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian (MIDA) telah meluluskan pelaburan berjumlah sehingga RM9.5 bilion untuk projek tenaga solar.

''Polisi mesra pelabur berserta dengan kebolehan sumber manusia berkepakaran telah menggalakkan peningkatan dalam pelaburan bagi sektor ini.

''Beberapa pemain utama dalam pelaburan berkaitan tenaga solar telah bertapak di Malaysia termasuk syarikat Amerika di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan syarikat Jerman di Cyberjaya,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Projek Asia-Invest untuk menubuhkan Kerjasama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Eropah dan Asian (PEACE) di sini hari ini.

Majlis itu dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC).
Sementara itu, kira-kira 90 syarikat industri pembinaan Eropah, China dan Malaysia berkumpul untuk mencari potensi kerjasama melalui program PEACE.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers