June 18, 2009

IHP lima bulan naik 3.3 peratus

KUALA LUMPUR 17 Jun - Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini meningkat 3.3 peratus kepada 111.7 berbanding 108.1 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, IHP bagi Mei mencatatkan perubahan sebanyak 2.4 peratus kepada 111.7 berbanding 109.1 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP naik sebanyak 0.2 peratus.

Peningkatan 3.3 peratus IHP adalah disebabkan oleh kenaikan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali indeks Perangkaan (-2.2 peratus) manakala pakaian dan kasut serta komunikasi, masing-masing turun 0.6 peratus, kata jabatan itu.

Katanya, peningkatan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (8.1 peratus) manakala perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain meningkat 1.5 peratus.

Jabatan itu berkata, peningkatan lain melibatkan indeks minuman alkohol dan tembakau (8.3 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (4.5 peratus), restoran dan hotel (4.1 peratus), pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.5 peratus), pendidikan (2.6 peratus), kesihatan (2.5 peratus) manakala perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan meningkat satu peratus.

Peningkatan 8.1 peratus dalam indeks makanan dan minuman bukan alkohol adalah hasil daripada kenaikan indeks makanan di rumah (8.5 peratus), makanan di luar (7.9 peratus) dan kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol (3.7 peratus).

Antara subkumpulan makanan di rumah yang mengalami kenaikan ketara dalam tempoh itu
beras, roti dan bijirin lain (14.3 peratus), ikan dan makanan laut (9.0 peratus), daging (8.8 peratus), susu, keju dan telur (5.6 peratus) manakala buah-buahan meningkat lima peratus.

Jabatan itu berkata, IHP bagi Mei meningkat 0.2 peratus berbanding bulan sebelumnya disebabkan oleh peningkatan dalam indeks kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.6 peratus), kesihatan (0.3 peratus) manakala makanan dan minuman bukan alkohol, perkhidmatan rekreasi, kebudayaan dan restoran dan hotel masing-masing meningkat 0.1 peratus.

Sebaliknya, penurunan indeks dilihat dalam kumpulan pakaian dan kasut serta pengangkutan, masing-masing sebanyak 0.2 peratus manakala pelbagai barang dan perkhidmatan susut 0.1 peratus.

Bagi empat kumpulan utama lain, minuman alkohol dan tembakau, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah, komunikasi dan pendidikan, tidak berubah, masing-masing pada 130.2, 108.4, 96.4 dan 108.2.

Pengkelasan semula barangan mengikut ketahanan dan perkhidmatan menunjukkan peningkatan bagi indeks perkhidmatan (0.3 peratus) dan barang tidak tahan lama (0.1 peratus) manakala barangan tahan lama dan barangan semi tahan lama masing-masing sebanyak 0.1 peratus. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers