KUALA LUMPUR 17 Jun - Pengilang baru dalam industri besi dan keluli akan diberikan lesen tanpa sekatan mulai 1 Ogos ini bagi memenuhi keperluan pasaran domestik dan eksport bagi produk panjang dan kepingan.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, perubahan ini terkandung dalam cadangan kajian semula dasar yang digubal selepas perbincangan dilakukan dengan Persekutuan Industri Besi dan Keluli sejak awal 2007.
Kesemua cadangan berkenaan yang disasarkan untuk meningkatkan daya saing industri tempatan dan menjadikan produknya lebih kompetitif di peringkat antarabangsa, dikuatkuasa mulai 1 Ogos.
Perubahan-perubahan lain termasuk pengeluaran percuma lesen import bagi produk besi kepingan untuk tujuan pemantauan dan pengumpulan data manakala lesen eksport produk yang sama tidak akan dikenakan.
MITI berkata, pengecualian lesen import dan eksport ke atas 57 produk besi panjang masih dikekalkan manakala kawalan import ke atas produk hot rolled coils (HRC), cold rolled coils (CRC) dan juga Electro-Galvanised Iron (EGI) akan menerusi pengiraan nisbah pembelian bahan mentah import dan bekalan tempatan.
Katanya, pengurangan duti import bagi produk besi panjang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan pengurangan 10 peratus mulai 1 Ogos dan lima peratus mulai 1 Januari 2010 dan tahun seterusnya.
Bagi produk besi kepingan yang masih kenakan duti import, kadar duti import di bawah kadar Layanan Negara Istimewa (MFN) bagi produk diimport dari luar ASEAN dikurangkan secara berperingkat-peringkat.
''Mulai 1 Ogos, produk kepingan yang dikenakan duti import 50 peratus akan dikurangkan kepada 25 peratus. Kadar akan dikurangkan lagi kepada 0 hingga 10 peratus pada 1 Januari 2018,'' katanya.
MITI juga berkata, pengecualian duti import produk kepingan termasuk HRC, CRC, dan EGI akan diberikan antaranya kepada:
n Bahan mentah untuk pengeluaran produk bagi pasaran eksport walaupun terdapat pengeluaran tempatan;
n Gred dan spesifikasi yang tidak dikeluarkan oleh pengeluar tempatan bagi pasaran tempatan; dan
n Produk-produk yang digunakan sebagai bahan mentah oleh pengeluar yang mengeluarkan produk siap yang tidak dikenakan sebarang duti import.
Tambah MITI, pengecualian duti import kepada tujuh sektor terpilih akan dihapuskan kerana tidak relevan lagi. Kajian semula telah mengambil kira keperluan sektor-sektor berkenaan.
Bagi pengecualian duti import untuk peniaga, MITI berkata, dasar semasa akan dikekalkan dimana tiada pengecualian akan diberikan.
Kerajaan juga memutuskan penetapan harga asas HRC yang dilaksanakan oleh MITI pada masa ini turut dimansuhkan supaya harga pasarannya selaras dengan kuasa pasaran tempatan dan antarabangsa.
Bagi mengelakkan kemasukan produk bermutu rendah, kerajaan bersetuju melaksanakan piawai mandatori ke atas semua produk berbentuk panjang dan kepingan yang diimport dan juga keluaran tempatan.
Piawai mandatori akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos bagi produk besi dan keluli yang mempunyai Standard Malaysia (MS).
''Bagi produk besi dan keluli yang tidak mempunyai MS, kemasukan produk import akan diuji dan ditentu sahkan melalui piawaian antarabangsa (ISO) sedia ada sehingga proses adaptasi selesai. ISO yang telah diadaptasi ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2010,'' ujarnya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com
