KUALA LUMPUR 17 Jun - Itali, rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam Kesatuan Eropah, akan terus melabur di sini meskipun dalam kelembapan ekonomi global.
"Pelaburan tidak akan dihentikan walaupun kita berdepan dengan ketidak tentuan ekonomi. Kami akan meninjau peluang terutamanya di koridor pertumbuhan baru," kata Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi, Adolfo Urso kepada pemberita di sini hari ini.
Urso berkata demikian selepas menemui Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, bagi membincangkan cara-cara untuk terus memperluaskan perdagangan dua hala dan hubungan ekonomi.
Bagi empat bulan pertama 2009, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Itali berjumlah RM2.033 bilion dengan eksport sebanyak RM875.3 juta dan import RM1.158 bilion.
Dari segi pelaburan, sehingga akhir Mac, sebanyak 96 projek pembuatan dengan penyertaan Itali telah diluluskan melibatkan pelaburan berjumlah RM871.9 juta. - Bernama
June 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com
