July 15, 2009

USM mahu kerjasama hasil enjin jimat petrol

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) bercadang menjalin kerjasama dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bagi menghasilkan enjin yang lebih menjimatkan penggunaan petrol.

Pemangku Naib Canselornya, Prof Omar Osman, berkata berdasarkan hubungan yang dijalinkan menerusi cabaran Perodua Eco-Challenge 2009 yang dianjurkan baru-baru ini, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan pengeluar kenderaan itu untuk mengaplikasikan inovasi pelajar USM.

Katanya, walaupun tiada perbincangan serius atau sebarang keputusan dibuat, Perodua menunjukkan minat terhadap hasil inovasi pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal USM yang berjaya mengubah suai enjin MyVi untuk penjimatan minyak yang maksimum.

“Ada kemungkinan Perodua akan mengambil beberapa teknologi yang dihasilkan kumpulan pelajar ini berdasarkan minat yang ditunjukkan,” katanya pada sidang media, di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Baru-baru ini, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal USM menggondol tempat pertama dalam kategori Pemanduan Automatik dan Rekaan Kejuruteraan dan Persembahan pada Perodua Eco-Challenge 2009.

Pelajar USM berjaya mengubah suai enjin MyVi dan menjimatkan penggunaan minyak sehingga satu liter bagi perjalanan sejauh 23.5 kilometer.

Dengan kemenangan itu, pasukan dari USM berjaya memenangi RM30,000 iaitu RM20,000 bagi kategori Pemanduan Automatik dan RM10,000 dari kategori Rekaan Kejuruteraan dan Persembahan.

Sementara itu, Ketua Projek bagi pasukan USM dalam Perodua Eco-Challenge 2009, Prof Horizon Gitano, berkata kerjasama antara institusi pendidikan dan industri mampu melahirkan banyak inovasi terbaik. “Kerjasama antara dua pihak terbabit mampu memberi faedah yang besar dalam pelbagai aspek dan menghasilkan idea kreatif dalam bidang tertentu,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers