July 15, 2009

Lapan dilantik Lembaga Pengarah MDeC

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melantik lapan muka baru yang mewakili sektor awam dan korporat untuk menganggotai Lembaga Pengarah Multimedia Development Corporation (MDeC).

Mereka adalah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Muhamad; Setiausaha Rendah Bahagian Ekonomi Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar. Turut dilantik, Pengarah Eksekutif KR Advisory Sdn Bhd, Datuk R Karunakaran; Pengarah Eksekutif Global Innovation Research Centre Sdn Bhd, Datuk Dr Kamaljit Singh; Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Dalam satu kenyataan semalam, MDeC berkata dua lagi yang dilantik ialah Pengerusi dan Pengasas Bersama Maybank Investment Bank Bhd (MIBB), Mohammed Rashdan Yusof; dan Pegawai Khas Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Wan Shihab Ismail Wan Ismail.

Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali, berkata pelantikan berkenaan berkuat kuasa 1 Mei 2009 untuk tempoh dua tahun sehingga 30 April 2011. Ahli Lembaga Pengarah MDeC yang lain ialah Abdul Halim sendiri, Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Badlisham Ghazali; Pengerusi Telekom Malaysia Bhd, Tan Sri Ir Muhammad Radzi Mansor; Presiden Lim Kok Wing University, Tan Sri Lim Kok Wing; dan Ketua Eksekutif Kumpulan HT Consulting (Asia) Sdn Bhd, Harres Tan Leong Huat.

Sementara itu, Abdul Halim turut melahirkan penghargaan kepada bekas ahli Lembaga Pengarah MDeC iaitu Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Datuk Abdul Hanan Alang Endut, Datuk Dr Halim Man, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan, Tan Sri G Gnanalingam, Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak dan Datuk Seri Shahril Shamsuddin.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers