July 15, 2009

Jaring yakin raih pendapatan RM115j

JARING Communications Sdn Bhd masih mempunyai kontrak yang memadai untuk membantunya sekurang-kurangnya mengekalkan pendapatan seperti tahun lalu, meskipun keadaan ekonomi semasa tidak begitu memberangsangkan ekoran kesan kemelesetan ekonomi global.

Ketua Eksekutifnya, Dr Mohamed Awang Lah, berkata syarikat tidak begitu terjejas dengan suasana ekonomi semasa dan menjangkakan mampu meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM115 juta tahun ini, hampir sama dengan prestasi pada 2008. Katanya, jangkaan itu berdasarkan tinjauan pasaran yang mendapati kesan kelembapan ekonomi ke atas syarikat itu tahun ini tidak banyak berbeza dengan tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya juga melaksanakan beberapa langkah penjimatan kos dan meningkatkan pendapatan seperti membina prasarana rangkaian sendiri berbanding memajaknya daripada pihak ketiga.

“Lebih 50 peratus pendapatan kami ketika ini digunakan untuk membayar kos pajakan dan kami menetapkan untuk mengurangkan jumlah itu kepada hanya kira-kira 30 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata demikian selepas pelancaran Youthciti (www.youthciti.com) iaitu portal rangkaian sosial belia pertama Malaysia di Taman Teknologi.

Jaring adalah peneraju perkhidmatan internet di Malaysia dan membangunkan prasarana rangkaian secara konsisten bagi memenuhi keperluan aplikasi yang sentiasa berdaya maju dan peningkatan pengguna internet.

Youthciti ialah portal yang dimiliki dan dibangunkan oleh MyPath, iaitu syarikat pembangunan kerjaya dan disokong oleh Jaring. Portal itu direkabagi menyediakan platform kepada mahasiswa Malaysia dan seluruh dunia untuk berkomunikasi, mengambil bahagian dalam aktiviti secara dalam talian.

Ia juga direka sebagai penghubung antara mahasiswa dengan dunia pekerjaan yang mana mereka dapat mempelajari daripada tokoh industri bagi memadankan kemahiran mereka dengan keperluan industri yang bersesuaian.

Untuk menjadi ahli Youthciti, pengguna hanya perlu mendaftar secara dalam talian. Mengulas mengenai Youthciti, Mohamed Awang berkata, pihaknya berbesar hati kerana memainkan peranan penting dalam menggerakkan portal rangkaian sosial itu bagi membantu mahasiswa melengkapkan diri dengan pengetahuan mencukupi bagi berdepan dunia pekerjaan sebenar.

Katanya, menerusi portal berkenaan, pengguna boleh melayari atau membuat carian berdasarkan kategori atau kata kunci dalam rangkaian berkenaan. Beliau berkata, ini bagi membantu mereka mencari dan turut serta dalam kelompok yang mereka minati serta mewujudkan kumpulan mereka sendiri.

“Portal itu juga sedang bekerjasama dengan SIFE (Students In Free Enterprise) daripada Universiti Utara Malaysia bagi mengenal pasti bidang dan aktiviti yang digemari oleh belia secara umum dan menyediakan sokongan yang diperlukan bagi menggerakkan lagi aktiviti dalam talian ini,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers