TOP Glove Corporation Bhd, pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, menjangkakan dua kilang barunya di Klang, Selangor akan mula beroperasi masing-masing pada Februari dan Julai tahun depan, sekali gus meningkatkan lagi jumlah pengeluarannya untuk memenuhi peningkatan permintaan di pasaran global.
Pengerusinya, Tan Sri Lim Wee Chai, berkata sebahagian besar kos bagi pembinaan kilang itu akan menggunakan peruntukkan perbelanjaan modal berjumlah RM70 juta yang diperuntukkan tahun depan.
“Jumlah pengeluaran daripada kedua-dua kilang itu adalah tiga bilion sarung tangan setahun,” katanya pada pembentangan korporat Top Glove pada persidangan Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Top Glove, Lim Cheong Guan.
Ketika ini Top Glove mengeluarkan 31.5 bilion sarung tangan setahun menerusi 17 kilang miliknya terdiri daripada 13 kemudahan pengeluaran di Malaysia dan masing-masing dua di Thailand dan China.
Ia turut mempunyai dua kilang pemekat susu getah di Haadyai, Thailand dengan kapasiti pengeluaran 78,500 sarung tangan setahun. Lim berkata, syarikat itu juga sedang dalam proses meningkatkan kemudahan di sebuah kilang pemekat susu getah miliknya di Thailand dan dijangka siap Disember ini dengan kapasiti tambahan sebanyak 9,600 sarung tangan setahun.
Beliau berkata, program pembesaran kemudahan pengeluaran itu bertujuan memenuhi peningkatan permintaan di pasaran global terutama bagi kegunaan di bidang perubatan. “Penularan wabak Influenza A (H1N1) misalnya menyebabkan permintaan terhadap sarung getah melonjak,” katanya.
Lim berkata, akibat daripada penularan wabak itu, permintaan terhadap sarung tangan getah di peringkat global dijangka meningkat 10 peratus kepada 140 bilion setahun. “Top Glove sendiri menyaksikan peningkatan tempahan antara 30 peratus dan 40 peratus berikutan penularan wabak ini,” katanya.
July 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com