July 6, 2009

Kerajaan umum senarai anggota MPEN minggu ini

KERAJAAN dijangka mengumumkan senarai anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang akan menasihati kerajaan merangka model ekonomi baru negara yang berteraskan inovasi dan kreativiti, pada minggu ini.

Sumber berkata, senarai calon bagi anggota MPEN itu dibentangkan kepada Kabinet pada mesyuaratnya Jumaat minggu lalu dan pengumuman pelantikan mereka dijangka dibuat minggu ini.

“Senarai calon anggota MPEN dibentangkan pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat (3 Julai) untuk persetujuan dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat minggu depan. Mungkin seawal Isnin,” kata sumber itu kepada Berita Harian.

Pada 28 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz, sebagai Pengerusi MPEN berkuat kuasa 1 Jun 2009.

Jawatan Pengerusi MPEN itu adalah bertaraf menteri tetapi bukan ahli Kabinet. Majlis itu akan melapor terus kepada Perdana Menteri dan antara bidang tugasnya ialah menasihati kerajaan dalam membentuk satu model baru ekonomi negara yang berteraskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi.

Ia sejajar dengan strategi kerajaan untuk melonjakkan status ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi seterusnya kepada sebuah negara maju menjelang 2020.

Sumber itu berkata, antara calon bagi menganggotai MPEN termasuk Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bersara pada 17 Jun lalu. Sulaiman juga pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS), Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Calon lain ialah Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Datuk Seri Andrew Len Tao Sheng. Len adalah bekas Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia dan pernah menjadi Ketua Ahli Ekonomi ketika berkhidmat dengan bank pusat itu dari 1976 hingga 1989.

Pada 1989 hingga 1993, beliau dipinjamkan ke Bank Dunia di Washington sebagai Pegawai Kanan Pasaran Kewangan dan Sistem Pembayaran, sebelum dilantik Timbalan Ketua Eksekutif, Hong Kong Monetary Authority dari Oktober 1993 hingga September 1998 dan Pengerusi Hong Kong Securities and Futures Commission (Oktober 1998- September 2005).

Selain Len, Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia dan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Lin See Yan turut disebut disenaraikan sebagai anggota MPEN berdasarkan pengalaman serta kepakarannya.

Sumber itu berkata, calon lain yang berkemungkinan dilantik menganggotai MPEN ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Ekonomi), Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Zainal Aznam Yusof; Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi, Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jomo Kwame Sundaram serta Ahli Ekonomi Arizona State University yang uga Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi pada 2004, Prof Edward Prescott.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers