AIRASIA Bhd, meninjau kemungkinan menyediakan perkhidmatan ke lebih banyak bandar raya utama dan kecil di Asia Pasifik dan Asia Barat. Menerusi falsafah korporatnya ‘Kini Semua Boleh Terbang’, syarikat tambang murah itu berkata, ia komited untuk memberikan perkhidmatan kepada tiga bilion orang yang ‘pada masa ini kurang mendapat perkhidmatan kerana perkhidmatan sambungan yang rendah dan tambang yang tinggi’.
“Kami akan ke mana saja destinasi melebihi empat jam menggunakan AirAsia X dan destinasi yang kurang daripada empat jam dengan AirAsia,” kata pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar dalam temu bual dengan Bernama.
AirAsia X ialah syarikat sekutu tambang murah jarak jauh AirAsia yang pada masa ini menyediakan perkhidmatan ke destinasi seperti China, Australia dan United Kingdom. Syarikat penerbangan itu bercadang menambah dua hingga tiga lagi laluan baru di China sebelum akhir tahun ini seperti Xi’an dan Chongqing, dan empat laluan baru di India iaitu Bangalore, Trivandram, Chennai dan Cochin, kata Aziz.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu memohon untuk terbang ke Korea Selatan dan turut meninjau destinasi lain di Asia Barat dan Australia seperti Sydney.
“Masanya amat sesuai untuk kami mengambil kesempatan sepenuhnya atas kelembapan ekonomi semasa dan bersedia apabila ekonomi pulih kembali,” katanya.
Aziz berkata, AirAsia turut mempromosikan perkhidmatannya dengan lebih agresif bagi merangsangkan permintaan. “Permintaan sentiasa ada dan orang ramai akan menggunakan perkhidmatan jika mereka mendapat tambang murah.
Penumpang hanya membayar tiket tetapi jika mereka membayar untuk makanan, kami mesti pastikan ia amat bernilai untuk wang yang dibayar,” kata beliau.
July 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com