TENAGA Nasional Bhd (TNB) berkata program penyelenggaraan berjadualnya tidak akan menyebabkan gangguan bekalan elektrik hampir di seluruh negara, seperti difikirkan sesetengah pelanggan.
Syarikat utiliti itu menjelaskan, hanya kawasan tempat kerja saja yang akan terjejas apabila penyenggaraan berjadual itu dijalankan dalam sesuatu kawasan kerana kerja ditetapkan mengikut bahagian. “Sebagai contoh, jika kerja penyelenggaraan dikendalikan di sebuah stesen jana kuasa di satu kawasan, bukan semua pelanggan akan mengalami gangguan bekalan elektrik.
“Malah, hanya satu barisan atau jalan di kawasan berkenaan yang tidak akan mendapat bekalan elektrik,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam. Katanya, pelanggan hampir tidak merasa atau menyedari penyenggaraan berjadual itu sedang dilaksanakan memandangkan TNB akan berusaha untuk memastikan gangguan kecil pada sistem.
“Di mana perlu, bekalan gantian akan disediakan kepada pelanggan kritikal kami melalui set jana kuasa mudah alih dan sub-stesen,” katanya. TNB berkata, kerja penyenggaraan berjadual dijalankan secara berperingkat di seluruh negara dalam masa 18 bulan.
“Pengeluaran notis penyelenggaraan ialah bagi memberi maklumat awal kepada pelanggan yang terjejas mengenai yang akan berlaku di kawasan kerja pada tempoh yang berbeza (tidak serentak dan tidak meluas),” katanya.
Menurut syarikat itu, biasanya notis akan dihantar sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kerja dilakukan melalui media biasa tetapi ia akan lebih awal melalui laman webnya. “Bagi pelanggan perindustrian, notis khas susulan akan diedarkan. Kami juga sentiasa menghubungi pelanggan kritikal kami dengan menetapkan tarikh dan masa tertentu yang dipersetujui kedua-dua pihak bagi kerja berkenaan,” katanya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com