July 10, 2009

MDeC sasar RM5j hasil kempen ICT

PERBADANAN Pembangunan Multimedia (MDeC) menjangkakan meraih antara RM3 juta hingga RM5 juta daripada ‘MSC Malaysia Great ICT Sale’, acara jualan pelbagai produk penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Naib Presiden Bahagian Pembangunan Industrinya, Saifol Bahri Mohamad Shamlan berkata, acara itu adalah sebahagian usaha berterusan MDeC untuk merangsang pertumbuhan PKS serta menyokong peluang perniagaan baru dalam pasaran itu sebagai pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata, memandangkan PKS menyumbang 99.2 peratus daripada perniagaan di Malaysia, potensi pertumbuhan dan jualan memberi manfaat yang besar.

Jualan MSC Malaysia Great ICT yang diadakan sempena Bulan ICT Kebangsaan, berlangsung di tiga bandar raya utama, iaitu Kuala Lumpur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (20-21 Julai), Pulau Pinang (7-9 Ogos) dan Johor Bahru (14-16 Ogos).

Ia disokong Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SME Corp yang sebelum ini dikenali sebagai Smidec, Malaysian Debt Ventures (MDV) serta Telekom Malaysia Bhd (TM). Saifol berkata, objektif kempen itu adalah untuk membantu PKS tempatan menggerakkan rangkaian nilai dengan memanfaatkan ICT dalam meningkatkan permintaan untuk produk dan perkhidmatan ICT tempatan yang adalah sebahagian inisiatif kerajaan untuk menyemarakkan penggunaan domestik. - Bernama

“Kempen itu juga akan menyediakan platform nasional bagi penyedia penyelesaian untuk menawarkan pakej perkhidmatan dan produk ICT secara berkelompok yang mudah dipilih pada nilai hebat untuk menggalakkan penggunaan ICT tempatan,” katanya.

Jualan MSC Malaysia Great ICT mempunyai dua pendekatan berpanjangan bagi memacu pertumbuhan PKS dan pasaran perisian. Ia akan menyediakan syarikat PKS berstatus MSC Malaysia platform untuk menjual perkhidmatan dan produk masing-masing selain menawarkan kepada PKS yang tiada berkaitan dengan ICT, peluang untuk memanfaatkan penawaran penyelesaian digital buatan tempatan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Produk seperti penyelesaian e-dagang, penyelesaian SaaS, penyelesaian khusus PKS, penyelesaian pemasaran mudah alih dan penyelesaian pejabat kecil/rumah kecil (SOHO) boleh diganding dan dipadankan mengikut kehendak pengguna.

Saifol berkata, MDeC juga telah menjalin usah sama dengan MyBizPoint, pasaran eMarketplace TM untuk PKS dalam menyediakan katalog dalam talian untuk penjual dan pembeli yang berpotensi, dalam dan luar negara.

Kadar penggunaan bagi e-dagang PKS tempatan yang masih rendah dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang memandangkan manfaat perkhidmatan itu, yang adalah kaedah termurah dalam menjalankan perniagaan, diperakui, katanya.

Selain jualan penyelesaian ICT, MDeC kini bekerjasama dengan SME Corp, MDV dan institusi kewangan bagi memudahkan opsyen kewangan untuk PKS yang berminat membeli perisian secara berkelompok.

“Berdasarkan latar belakang ekonomi semasa, kami menggesa PKS tempatan menggunakan sepenuhnya pakej rangsangan ICT ini untuk memperoleh fleksibiliti dan penyesuaian dalam struktur operasi mereka untuk terus kompetitif dan mewujudkan peluang perniagaan dalam keadaan semasa,” kata Saifol. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers