July 10, 2009

Gabem anjur pameran hartanah, pelaburan

GAGASAN Badan Ekonomi Melayu (Gabem) akan menganjurkan pameran hartanah dan pelaburan dikenali Malaysia Real Estate & Investment Exhibition 2009 (MAREIX 09) pada Sabtu dan Ahad ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Gabem dalam kenyataannya berkata, MAREIX 09 menawarkan platform pameran komprehensif, khusus dalam sektor hartanah dan pelaburan di Malaysia merangkumi unit kediaman, bangunan komersial dan industri, ruang pejabat, pusat peranginan, hotel serta tanah untuk tujuan pembangunan. Katanya, ia turut menawarkan jualan barangan seperti jubin marmar, cat serta reka bentuk hiasan dalaman dan landskap.

Gabem berkata, setakat ini, beberapa pemaju utama di Malaysia mengesahkan penyertaan di MAREIX 09. Ini termasuk Sime Darby Properties Bhd, Uda Holdings Bhd, Island & Peninsular Bhd, Dijaya Corporation, Mah Sing Bhd menerusi anak syarikatnya Intramewah Development Sdn Bhd dan Supreme Springs Sdn Bhd, TH Properties, Hicom Properties, Kumpulan Lebar Daun, Pasdec Corporation, Syarikat Perumahan Negara Bhd dan TPPT Sdn Bhd. Gabem berkata, selain pemaju, syarikat berkaitan dengan industri hartanah turut dijemput.

“Antara akan mengambil bahagian ialah DK Composites (pembinaan kubah masjid dan perahu layar menggunakan bahan komposit), KCC Coating (pengeluar cat) dan syarikat Kejuruteraan MBI,” jelasnya. MAREIX 09, dianjurkan dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Tourism Malaysia dan UDA Holdings Bhd, akan diuruskan acaranya oleh C S Innovation Sdn Bhd.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers