SEJUMLAH 5,588 Standard Malaysia telah dibangunkan sehingga 31 Mac 2009, yang mana 3,101 adalah selaras standard antarabangsa dan 173 daripadanya dijadikan standard mandatori. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), berkata sektor yang terbabit dalam standard mandatori adalah tiga untuk besi dan keluli; komponen dan peralatan elektronik (57) serta makanan, produk makanan dan pertanian (38).
Sektor lain ialah 37 bagi kejuruteraan awam dan pembinaan; bahan kimia (11); kenderaan darat dan perlindungan kebakaran masing-masing tujuh; teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (enam); petroleum dan gas (empat) serta kejuruteraan mekanikal (tiga).
Dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam, Miti berkata, dengan pelaksanaan standard mandatori, pihak industri dan pengguna dapat menggunakan produk berkualiti, lebih baik serta mempunyai ciri keselamatan.
Katanya, pelaksanaan standard mandatori dapat memastikan hanya produk berkualiti yang diterima pakai saja diimport atau dikeluarkan di pasaran tempatan. “Standard mandatori juga dapat memastikan semua produk menepati keperluan ciri keselamatan, kesihatan dan alam sekitar yang mengikut garis ketetapan standard antarabangsa,” katanya.
Miti menjelaskan, ciri yang ditentukan terhadap standard mandatori dapat meningkatkan persaingan antara pengeksport tempatan di pasaran global, selain melindungi keperluan pengguna di pasaran tempatan.
Pada peringkat nasional, katanya, isu berkaitan pematuhan standard mandatori dibincangkan melalui Jawatankuasa Badan Penyelarasan Pusat (CCB) di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri dan Jawatankuasa Standard Mandatori Industri di Miti. CCB di bawah EPU menyelaras standard dan peraturan teknikal bagi seluruh sektor ekonomi, manakala MITI melalui Jawatankuasa Standard Mandatori Industri (CMIS) bertanggungjawab mengenal pasti serta menyelaras pelaksanaan standard mandatori dengan tujuan mempromosi pengeluaran produk berkualiti dan memiliki ciri keselamatan bagi produk perkilangan.
CMIS yang dianggotai sektor awam dan swasta, menubuhkan empat pasukan petugas bagi mengenal pasti produk yang dicadangkan untuk standard mandatori.
July 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com