SYARIKAT Takaful Malaysia Bhd menyasarkan menguasai 50 peratus pasaran takaful tempatan yang ketika ini bernilai kira-kira RM12 bilion, dalam tempoh dua tahun akan datang, sekali gus mengembalikan semula kedudukannya di tempat teratas.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Hassan Kamil, berkata saiz aset kumpulan itu kini RM4.05 bilion. “Bagi mencapai sasaran itu kami mensasarkan untuk berkembang lebih pantas daripada kadar pertumbuhan purata industri, iaitu antara 20 hingga 25 peratus setahun sepanjang tempoh berkenaan,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian antara Takaful Malaysia dan Standard Financial Planner Sdn Bhd (SFP) di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau memeterai perjanjian itu bagi pihak Takaful Malaysia manakala SFP diwakili Ketua Eksekutifnya, Alfred Sek. SFP yang ditubuhkan pada 1999 adalah sebuah Kumpulan Pelaburan Profesional berpangkalan di Australia yang mempunyai operasi di tujuh negara.
Ia adalah satu daripada 10 penasihat kewangan berlesen di Malaysia. Hassan berkata, di bawah perjanjian itu, Takaful Malaysia melantik SFP untuk memasarkan produknya melalui 300 wakilnya di seluruh negara, yang mana daripada jumlah itu, 75 adalah Penasihat Kewangan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.
“Ini akan meningkatkan penembusan produk takaful am dan keluarga Takaful Malaysia ke pasaran mereka berpendapatan sederhana tinggi yang masih kurang diterokai kumpulan selama ini,” katanya.
Beliau berkata, Takaful Malaysia memilih SFP disebabkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dan turut menjadi Kumpulan Penasihat Kewangan bebas terbesar di negara ini. Katanya, SFP berperanan untuk mengenal pasti keperluan dan permintaan dalam industri takaful, manakala Takaful Malaysia akan bertindak untuk menyediakan produk yang sesuai dengan keperluan pelanggan.
“Dengan penambahan SFP kepada portfolio saluran pengedaran sedia ada Takaful Malaysia, kami menjangka mampu meningkatkan pendapatan kumpulan sebanyak 10 peratus dalam tempoh 12 hingga 18 bulan ini,” katanya.
Sementara itu, Hassan berkata Takaful Malaysia yang akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25 pada Disember ini akan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk penjenamaan semula.
“Baru-baru ini, Takaful Malaysia tutut melabur untuk menaikkan taraf sistem teknologi maklumat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.
July 9, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com