KFC Holdings (Malaysia) Bhd, akan terus memperkenalkan produk baru yang menjimatkan pelanggan, sekali gus membantunya mengekalkan sasaran pertumbuhan jualan dua angka tahun ini.
Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali, berkata keadaan ekonomi yang semakin pulih serta sentimen perbelanjaan pengguna yang bertambah baik dijangka turut mendorong kepada peningkatan jualan syarikat itu.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan termasuk pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan ternyata memberikan kesan positif dalam memulihkan semula ekonomi dan perbelanjaan pengguna di negara ini.
“Kelembapan ekonomi adalah cabaran utama bagi kami untuk meningkatkan lagi prestasi dan melancarkan produk baru setiap suku tahun adalah strategi yang kami laksanakan bagi menangani cabaran itu,” katanya selepas melancarkan menu pasta pertama KFC, Cheezy Chickaroni iaitu satu daripada hidangan KFC Jom Jimat di Petaling Jaya, semalam.
Hadir sama, Presiden KFC/ Pizza Hut QSR Brands Bhd, Wong Sooi Kheong. Produk terbaru itu adalah gabungan pasta makaroni yang diperkaya dengan bebola daging ayam digoreng garing dan disaluti sos keju Romano-Parmesan dan Jalapeno.
Hidangan berharga RM5.90 itu boleh didapati di restoran KFC seluruh negara untuk tempoh terhad iaitu selama dua bulan saja.
KFC Holdings mencatatkan pertumbuhan pendapatan 26 peratus kepada RM2.179 bilion tahun lalu berbanding RM1.730 bilion pada 2007. Walaupun berdepan persekitaran perniagaan mencabar, Jamaludin berkata, KFC Holdings masih mampu merekodkan pertumbuhan pendapatan 6.3 peratus dalam suku pertama berakhir 31 Mac 2009 kepada RM526.6 juta berbanding RM495.6 juta pada suku sama tahun lalu.
Katanya, keuntungan sebelum cukai juga meningkat 2.1 peratus kepada RM40.9 juta daripada tempoh sama tahun sebelumnya. Beliau bagaimanapun berkata, adalah sukar untuk mengunjurkan jualan tahun ini memandangkan sentimen pengguna dalam suku pertama agak lemah.
“Sentimen pengguna semakin baik dalam suku kedua didorong usaha kerajaan merangsang perbelanjaan pengguna dan langkah liberalisasi bagi menarik pelabur asing,” katanya. Mengenai rancangan KFCH untuk membuka 40 restoran baru tahun ini, beliau berkata, 15 daripadanya sudah sedia untuk beroperasi manakala enam lagi masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa.
Katanya, langkah sesetengah pasar raya besar yang memperlahankan rancangan pengembangan mereka kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu mendorong KFCH mengalih tumpuan lokasinya di bandar kecil khususnya di pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
July 9, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com