July 9, 2009

Afta lonjak kemasukan FDI

PELAKSANAAN sepenuhnya Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta) bermula 1 Januari tahun depan, bakal menyaksikan peningkatan aliran kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke pasaran rantau berkenaan melebihi AS$60 bilion (RM213.4 bilion) setahun.

Justeru, syarikat di Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perlu memanfaatkan sepenuhnya mekanisme pelaksanaan Afta, iaitu Skim Tarif Keutamaan Sama rata (CEPT) untuk lebih berdaya saing. Pengarah Kanan Bahagian Kerjasama Ekonomi Asean di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), P Ravidran, berkata menerusi CEPT, PKS boleh menikmati pelbagai kelonggaran untuk mengeksport produk mereka ke pasaran anggota Asean lain.

Katanya, menerusi pembukaan pasaran itu, Asean yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Brunei, kini turut dapat bersaing dengan pasaran serantau lain yang lebih besar seperti China dan India dengan lebih kompetitif.

Beliau berkata, Asean akan menjadi kawasan perdagangan bebas sepenuhnya tahun depan dengan mengintegrasikan enam ekonomi utamanya apabila kebanyakan duti import produk di antara negara anggota dihapuskan. “Langkah ini bakal memberi kelebihan yang besar kepada semua anggotanya yang mana dapat mengurangkan dengan ketara kos menjalankan perniagaan.
“Ini seterusnya akan merancakkan lagi daya tarikan pasaran ini sebagai destinasi pelaburan utama dunia,” katanya pada taklimat media mengenai perkembangan semasa pelaksanaan Afta, di Kuala Lumpur, semalam.

Tahun lalu, gabungan enam pasaran negara anggota utama Asean mencatatkan kemasukan FDI berjumlah AS$60.1 bilion, dengan Malaysia meraih kemasukan FDI berjumlah AS$8.1 bilion (RM28.7 bilion).

Ravidran menambah, pembukaan pasaran serantau yang berintegrasi itu secara rasmi akan memberikan negara anggota Asean peluang yang luas, di samping keselesaan dalam berdepan kelembapan ekonomi semasa.

Katanya, di bawah Afta, enam ekonomi utama Asean akan disertai ekonomi lain yang agak kurang maju seperti Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam sepenuhnya menjelang 2015.

“Bagaimanapun dengan kemasukan empat negara itu, ia tidak bermakna produk dari seluruh dunia boleh memasuki pasaran serantau yang mempunyai penduduk seramai 587 juta ini dengan mudah kerana mereka perlu mematuhi Peraturan Negara Asal (ROO) bagi menikmati duti sifar peratus,” jelasnya.

ROO menetapkan syarat setiap produk harus mempunyai 40 peratus kandungan Asean di bawah mekanisme CEPT serta mematuhi standard dan peraturan kebersihan dan keselamatan. “Produk yang tidak mematuhi ROO perlu membayar duti import dengan kadar tarif biasa,” katanya.

ROO akan menentukan produk negara asal yang layak untuk diberi keutamaan dalam aktiviti perdagangan dan boleh memasuki mana-mana negara pengimport Asean dengan terma yang lebih baik berbanding produk dari negara lain di dunia.

Ravidran berkata, ROO bukanlah halangan kepada perdagangan tetapi lebih kepada instrumen penting untuk menggalakkan penubuhan operasi pembuatan di Asean. Ia juga membolehkan penyumberan barangan dari pengeluar Asean atau rakan perniagaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) lain. Ini seterusnya dapat mengembangkan perdagangan dan aliran pelaburan ke rantau ini dengan lebih cekap.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers