July 6, 2009

Solid Partners labur RM60j bina pusat MRO pesawat

SOLID Partners Sdn Bhd, akan melabur RM60 juta bagi membangunkan kemudahan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Melaka, sejajar langkah menaikkan taraf Lapangan Terbang Melaka (LTM) di Batu Berendam.

Pengarahnya, Kapten (B) Goh Lee Hoe, berkata projek di kawasan seluas empat hektar berhampiran Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) di Batu Berendam akan dibangunkan dalam empat fasa.

Beliau berkata, ia akan dilengkapi sebuah hangar yang dapat menempatkan serta memuatkan empat helikopter besar dan lapan helikopter kecil dalam satu masa, selain pesawat Boeing 737 dan 747 serta peralatan bagi penye-lenggaraan kerangka utama.

“Kerja pembinaan fasa pertama dijadual siap 26 Julai dan kita berharap ia akan dapat memu-
lakan operasi pada Ogos ini. MRO di Melaka ini adalah yang kedua di Malaysia selepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Subang,” katanya selepas mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meninjau perkembangan projek itu, di Batu Berendam, minggu lalu.

LTM dinaikkan taraf baru-baru ini dengan kos kira-kira RM192 juta, bagi menjadikannya sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Perisytiharan menaik taraf LTM itu dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir tahun ini.

Goh berkata, antara pelanggan yang menggunakan perkhidmatan sya- rikat berkenaan pada masa ini adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Katanya, syarikat itu akan berusaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara luar membabitkan perkongsian teknologi berkaitan bidang berkenaan dan setakat ini sebuah syarikat dari Amerika Syarikat menyatakan persetujuan bagi tujuan itu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers