July 6, 2009

BAIC beri saingan beli Opel

PENGELUAR kereta China, Beijing Automotive Industry Corp (BAIC) turut menyertai persaingan untuk membeli anak syarikat General Motors (GM) di Eropah, Opel. Mengikut laporan akhbar di China semalam, syarikat itu mengemukakan tawaran 660 juta euro (AS$922 juta). Kedua-dua BAIC dan GM China gagal dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai laporan itu.

BAIC mengemukakan tawaran tanpa syarat bagi membeli Opel iaitu anak syarikat GM di Jerman Khamis lalu, sebelum berakhir tempoh untuk pembeli berpotensi mengemukakan tawaran mereka, demikian mengikut akhbar Guangzhou Daily.

Bank milik kerajaan Russia, Sberbank turut mengemukakan tawaran untuk membeli Opel menerusi perkongsian dengan pengeluar komponen automotif Kanada, Magna International. Pada Mei lalu, Jerman mengumumkan rancangan menyelamatkan Opel dengan menjual 35 peratus saham syarikat kepada Sberbank dan 20 peratus lagi kepada Magna, tetapi perbincangan bagi tujuan itu gagal.

Mengikut laporan Financial Times, RHJ International, syarikat pegangan yang terbabit dalam sektor perindustrian berpangkalan di Brussels yang juga ada kaitan dengan kumpulan Ripplewood dari Amerika Syarikat, turut mengemukakan tawaran tanpa syarat.

Fiat juga berminat, tetapi mengakui tiada wang membelinya. Ketua GM Europe, Carl-Peter Forster berharap Opel akan dibeli Magna pertengahan bulan ini dan firma Kanada itu juga mendahului pembeli berpotensi lain.

“Hanya satu perkara masih tertinggal iaitu apakah perincian yang dipersetujui antara dua perniagaan itu,” katanya, semalam. - AFP

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers