July 6, 2009

Canon unjur pendapatan RM1b

CANON Marketing (Malaysia) menyasarkan menjadi jenama terulung bagi kategori produk fotografi dan pengimejan digital di negara ini menjelang 2012 dengan unjuran pendapatan mencecah RM1 bilion.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Canon Asia Marketing, Hideki Ozawa, berkata antara strategi bagi mencapai sasaran itu termasuklah memperkenalkan lebih banyak produk interaktif, penyesuaian sasaran pasaran, memperkukuhkan sokongan pelanggan dan meningkatkan tenaga jualan.

“Strategi berkenaan akan dilaksanakan Canon Malaysia secara agresif dan bagi membantu pertumbuhan jualan, ibu pejabat serantau Canon Singapura menyuntik RM25 juta ke dalam syarikat sebagai modal tambahan.

“Canon Malaysia kini berada di landasan untuk mencapai sasaran pendapatan RM700 juta tahun ini dan dengan mengekalkan pertumbuhan minimum 10 peratus setahun, angka sasaran RM1 bilion itu boleh dicapai sekali gus menjadi jenama terunggul untuk kategori produk fotografi dan pengimejan digital di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran pencetak kompak terbaru Selphy CP780 dan Selphy CP790 di Shah Alam, baru-baru ini.

Selphy CP780 dijual pada harga runcit RM549 seunit, manakala Selphy CP790 RM668 seunit. Canon Malaysia turut memeterai perjanjian penajaan dengan Ratu Rock Wanita Malaysia, Ella, pada majlis baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Liew Sip Chon dan Penolong Pengarah Bahagian Produk Komunikasi Imej, Simon Wong. Hideki berkata, RM25 juta yang disuntik ibu pejabat
serantau Canon Singapura itu menjadikan modal berbayar Canon Malaysia kepada RM27 juta dari- pada hanya RM2 juta sebelum ini.

Sementara itu, Liew berkata Canon Malaysia akan memperkenalkan 15 produk baru tahun ini dengan tumpuan kepada kamera kompak, dengan memperuntukkan perbelanjaan pengiklanan dan promosi RM1 juta sebulan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata bahagian produk komunikasi imej (ICP) Canon Malaysia dijangka mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran tempatan tahun ini sekali gus menyumbang 34 peratus kepada pendapatan keseluruhan syarikat.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers