SIME Darby Plantation Sdn Bhd akan membuat pelaburan awal RM100 juta bagi membangunkan ladang sawit di tanah Hak Milik Adat (NCR) di Julau, Sarikei Sarawak. Ketua Agensi dan Perunding Perladangannya Mohd Helmy Othman Basha, berkata projek itu akan membabitkan kawasan kira-kira 20,000 hektar. “Ini adalah projek pertama kami di Sarawak dan secara kebetulannya di tanah NCR negeri ini.
“Projek itu akan dilaksanakan secara usaha sama dengan pemilik tanah dari 109 rumah panjang di tiga kawasan, iaitu Kanowit/Julau/Durin, Sungai Julau/Sungai Pitoh dan Merurun/Meluan/Entabai,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian usaha sama dengan pemilik tanah berkenaan di Sarikei semalam.
Pemilik tanah diwakili Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Pelita). Turut hadir Menteri Pembangunan Tanah Negeri Datuk Sri Dr James Jemut Masing. Helmy berkata, kerja persediaan akan bermula selepas Sime Darby Plantation menyiapkan dan mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Sosial dan Alam Sekitar kepada pihak berkuasa berkenaan.
“Kami jangka akan memulakannya dalam tempoh sebulan selepas ini. Bagaimanapun, kami sangat gembira kerana sehingga ini mendapat maklum balas positif pemilik tanah berkenaan.
“Tetapi, kami akan terus menjelaskan konsep usaha sama itu lebih lanjut lagi dan kepada banyak pihak. Biarkan rakyat memahami dengan jelas bagi membolehkan mereka menghargai dan menerima konsep itu dan bagi kami meneruskan rancangan itu dengan licin,” katanya.
Dalam usaha sama itu, Sime Darby akan memegang ekuiti 60 peratus manakala pemilik tanah 30 peratus dan Pelita 10 peratus. Helmy berkata, sasaran yang ditetapkan ialah Sime Darby akan membangunkan sekitar 50,000 hektar tanah di Sarawak dan 50,000 hektar lagi di Sabah.
Ketika berucap sebelum itu, Dr Masing memberitahu rakyat di kawasan itu supaya tidak meragui keupayaan Sime Darby. “Kita berurusan dengan konglomerat pelbagai negara terkemuka yang mempunyai pengalaman kira-kira 100 tahun memajukan bukan saja ladang sawit malah ladang getah di Sabah dan Semenanjung.
“Sime Darby juga memiliki 560,000 hektar tanah yang ditanam dengan ladang sawit di negara ini dan di Indonesia. “Saya optimistik mengenai kejayaan usaha sama ini asalkan pemilik tanah berkenaan memberikan kerjasama penuh kepada Sime Darby dan Pelita, yang menjaga kepentingan dan hak mereka,” katanya. - Bernama Dr Masing berkata, wakil daripada kalangan pemilik tanah akan dipilih menduduki lembaga pengurusan bagi memastikan mereka mendapat maklumat terbaru usaha sama itu.
“Syarikat itu akan membina jalan raya ke kawasan pedalaman dan setiap pemilik akan mengetahui dengan tepat saiz dan lokasi tanah masing-masing, yang akan diiktiraf,” katanya. - Bernama
July 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com