KEMENTERIAN Pengangkutan sedia menimbang sebarang cadangan daripada syarikat penerbangan seperti AirAsia Bhd yang berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan bagi laluan Kuala Lumpur-Stockholm-New York berikutan langkah Penerbangan Malaysia (MAS) menggantung perkhidmatannya ke laluan berkenaan mulai Oktober ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan semua pihak berwajib. Pada masa ini unit Air-Asia, AirAsia X menawarkan penerbangan jarak jauh ke London, Melbourne, Perth dan Taipei.
Isnin lalu, MAS mengumumkan akan menggantung perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggu dari Kuala Lumpur ke New York melalui Stockholm dan sebaliknya mulai Oktober ini tetapi akan mengekalkan pejabatnya di kedua-dua bandar raya itu. - Bernama dan terus menawarkan perkhidmatan ke bandar berkenaan melalui perkongsian kod dengan KLM. Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, kemerosotan ekonomi global adalah antara punca yang menyebabkan pendapatan MAS terjejas teruk.
“Misalnya bagi suku pertama tahun ini MAS dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM698 juta. Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan MAS bagi Januari hingga April tahun ini pula telah menurun 11 peratus kepada 57.9 peratus berbanding 68.9 peratus bagi jangka masa yang sama tahun lepas,” katanya.
Abdul Rahim berkata fenomena itu turut dihadapi oleh majoriti syarikat penerbangan pesaing yang juga mengalami penurunan ketara dalam tiga hingga empat peratus bagi suku pertama tahun ini.
Beliau berkata berikutan itu, pengurusan MAS mengambil pelbagai langkah meningkatkan jualan melalui promosi online secara besar-besaran, tambang murah dan juga melalui perkhidmatan agensi penerbangan dan pelancongan selain promosi media yang agresif.
July 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com