KUALA LUMPUR 6 Julai - Pasaran ekuiti berlandaskan prinsip Syariah menawarkan ruang yang luas bagi inovasi termasuk dalam amanah pelaburan hartanah (REITS) yang mendapat permintaan tinggi.
Malah, di Malaysia terdapat REITS yang bersifat konvensional telah diubah kepada REITS yang berasaskan prinsip syariah, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Zarinah Anwar.
''Ekuiti menawarkan ruang yang luas untuk inovasi. Instrumen seperti dana dagangan pertukaran berasaskan Syariah, amanah pelaburan hartanah dan produk berstruktur menarik minat yang kuat,'' kata beliau dalam ucapannya semasa menyampaikan ucaptama pada Kemuncak Sukuk London 2009 di sini baru-baru ini.
Zarinah juga berkata, pasaran ekuiti juga menawarkan peluang tinggi untuk membolehkan para penerbit ekuiti meluaskan pembiayaan melalui pasaran ekuiti Islam.
Beliau berkata, pada tahun ini, Xingquan sebuah syarikat yang berpusat di China telah menyenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia juga memohon supaya status berlandaskan syariah diberikan kepadanya.
Tindakan itu melayakkan syarikat dimasukkan dalam portfolio individu dan pelabur institusi yang mahu mendapatkan pelaburan berlandaskan syariah, jelas Zarinah.
Beliau menambah, Malaysia perlu melihat lebih jauh lagi kerana terdapat lebihan dana yang besar dalam ekonomi negara-negara di Asia dan juga Timur Tengah yang memerlukan pelaburan cukup besar untuk menjana pesat pertumbuhan masing-masing.
"Ternyata masih terdapat peluang untuk kewangan Islam bagi mengukuhkan peranannya sebagai perantaraan untuk simpanan lebihan ke dalam pembangunan ekonomi," katanya.
Justeru ujar beliau, produk-produk pengurusan pelaburan adalah prospek pertumbuhan yang kukuh.
"Walaupun Malaysia memiliki lebih 140 dana Islam yang pelbagai, kami yakin masih terdapat banyak potensi untuk membangunkan pengurusan pelaburan berasaskan Syariah.
"Sebagai percubaan untuk menembusi potensi ini, kami telah meliberalisasi industri pengurusan dana Islam dengan sepenuhnya," katanya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com