KUALA LUMPUR 6 Julai - Kesan liberalisasi sektor kewangan negara dijangka memberi kesan kepada pasaran modal menjelang tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata, unjuran itu adalah selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi global pada 2010.
''Saya berpendapat pasaran memerlukan sedikit masa untuk memahami perubahan sebelum memberi maklum balas,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengapa pasaran saham tempatan tidak memberi maklum balas positif terhadap pengumuman liberalisasi ekuiti asing dalam prosedur penyenaraian yang diumumkan oleh Perdana Menteri, minggu lalu.
Sebaliknya, pasaran saham tempatan terus menunjukkan trend penurunan.
Mengulas lanjut, Chee Heung berkata, kesan liberalisasi mungkin mengambil sedikit masa dan tidak menolak penurunan itu disebabkan pasaran kini berada dalam keadaan pembetulan selepas mencatatkan kenaikan lebih tiga bulan.
''Saya percaya, selepas ini (pembetulan) kita akan menyaksikan aliran menaik pula,'' tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Mahani Zainal Abidin pula berkata, penurunan pasaran tempatan tidak ada kena mengena dengan pengumuman liberalisasi itu tetapi sebaliknya merupakan apa yang berlaku di seluruh dunia.
''Saya percaya pasaran sedang membuat persediaan pada masa depan,'' tambahnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai model ekonomi baru, Chee Heung berkata, pengumuman mengenainya dijangka dibuat pada tahun depan.
Menurutnya, Unit Perancang Ekonomi (EPU) masih lagi dalam proses untuk menyiapkan model tersebut.
''Saya percaya model ekonomi baru itu akan diumumkan selewat-lewatnya tahun depan,'' ujarnya.
July 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com