JOHOR BHARU 6 Julai - Malaysia dijangka memperbaiki kedudukannya dalam senarai pengeluar utama nanas dunia daripada tangga ke-13 kepada ke-10 menjelang 2015.
Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, keyakinan itu didorong keluasan tanah tanaman nanas telah mencecah 40,000 hektar menjelang tempoh berkenaan berbanding 15,000 hektar pada masa ini.
Beliau berkata, unjuran itu berdasarkan langkah lembaga berkenaan memperluaskan tanaman nanas di Sabah dan Sarawak yang melibatkan kawasan seluas 25,000 hektar.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, pertambahan keluasan tanaman nanas yang menjadi komoditi negara sejak 40 tahun lalu akan dilaksanakan pada penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10.
"Pada masa ini, khususnya di Johor dan beberapa kawasan di Semenanjung cuma ada kira-kira 15,000 hektar dan ini bermakna dalam tempoh lima tahun akan datang kita ada 40,000 hektar nanas.
"Berdasarkan keluasan itu kita mampu mengeluarkan 600,000 tan metrik nanas yang dapat memenuhi pasaran antarabangsa dan melonjakkan kedudukan negara pengeluar nanas di tangga terbaik iaitu 10 teratas," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Hala Tuju Industri Nanas Malaysia di sini hari ini.
Hasni berkata, bagi mencapai matlamat itu pihaknya menerusi LPNM melaksanakan langkah-langkah proaktif dan kajian menyeluruh mengenai masa depan industri tersebut dan kini berada di landasan yang betul.
Antaranya, kata beliau, pihaknya mengenal pasti tanah gambut yang sesuai untuk tanaman itu dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak berminat untuk mengusahakannya.
Tambahnya, pihak LPNM juga sedang melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang
sebelum ini dijalankan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
"Pada dasarnya kita ada makmal R&D sendiri dilengkapi pelbagai kemudahan dan makmal itu sehingga kini tidak dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.
Hasni berkata, pengeluaran nanas negara kini meliputi nanas moris, N 36 dan Josephine yang menguasai 80 peratus pasaran segar manakala untuk tujuan ditinkan hanya 20 peratus.
Jelasnya, ini bermakna kilang-kilang nanas sehingga masih menghadapi kekurangan bekalan buah nanas.
July 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com