PROTON Holdings Bhd akan memantapkan lagi segmen tertentu seperti ramalan produk, serta menambah baik beberapa aspek operasi, khususnya dalam kawalan kualiti, perkhidmatan selepas jualan, pemasaran dan penjenamaan, selain menempatkan semula produknya di pasaran.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pelbagai langkah yang akan diambil itu adalah antara usaha ke arah mengukuhkan rangkaian pengedaran pengeluar kereta nasional itu. Katanya, persekitaran semasa jelas menunjukkan cabaran akan datang menghendaki strategi eksport lebih agresif bagi syarikat.
“Kami mahu memastikan pengimport dan pengedar tradisional bersama-sama Proton apabila strategi digerakkan. Dari segi operasi, kami perlu menawarkan produk yang memenuhi atau melebihi jangkaan pelanggan, dan dalam kuantiti sebesar yang boleh.
“Proton juga mahu mereka faham akan keperluan strategi syarikat, rakan kongsi pintar dengan pengeluar kelengkapan asal (OEM), model perniagaan dan produk yang bersesuaian dengan pasaran yang berbeza,” katanya dalam kenyataan semalam.
Bagi memastikan rancangan dan strategi eksportnya difahami sepenuhnya oleh pengimport dan pengedar antarabangsanya, minggu lalu Proton menganjurkan Persidangan Pengedar Antarabangsa bagi berkongsi maklumat terkini serta mengumpul maklum balas berhubung isu operasi syarikat.
Proton berkata, penekanan diberikan di kawasan pertumbuhan tinggi seperti Asean, China, India dan Asia Barat - Afrika Utara (MENA) yang mana ia berupaya meraih manfaat daripada skala ekonomi, kualiti dan penukaran keupayaan.
Pasaran berkenaan dipilih berdasarkan hubungan perdagangan serta ikatan kebudayaan dengan Malaysia dan Proton. Strategi itu juga mengenal pasti beberapa pusat serantau utama, iaitu China dan Iran, bagi penubuhan operasi pemasangan tempatan (CKD) untuk membolehkan Proton menyumbang kepada pelanggan dengan lebih berkesan.
Persidangan tahunan yang diadakan selama dua hari di Phuket, Thailand dan berakhir Sabtu lalu, itu adalah anjuran Bahagian Jualan dan Servis Antarabangsa Proton.
Seramai 60 delegasi mengambil bahagian meliputi pengedar kereta Proton dari 20 negara, pengurusan kanan utama termasuk ketua penyelidikan dan pembangunan dan kualiti.
July 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com