July 14, 2009

Mavtrac bantu kontraktor tempatan jimatkan kos

KONTRAKTOR tempatan khususnya kontraktor kecil, dianggar mampu berjimat antara 10 peratus hingga 15 peratus daripada kos projek jika memperoleh bekalan bahan pembinaan menerusi Mavtrac Sdn Bhd, syarikat urus niaga pemerolehan bahan binaan bersepadu.

Ketua Eksekutif Mavtrac, Mohd Azman Sulaiman, berkata anggaran itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelanggannya yang membuat urus niaga menerusi syarikat itu. “Kami dapat menyediakan bekalan bahan binaan pada harga lebih baik dan berpatutan kerana Mavtrac mendapatkan bekalan secara pukal.

“Secara kasarnya, kami anggarkan kontraktor boleh berjimat antara 10 hingga 15 peratus. Berdasarkan maklum balas pelanggan, wang daripada penjimatan itu kini dapat disalurkan untuk keperluan lain,” katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Mavtrac adalah syarikat yang diwujudkan kerajaan dengan sokongan UEM Group pada 2007 bagi menyokong industri pembinaan untuk membeli bahan binaan seperti besi keluli, simen dan konkrit, diesel, bitumen, pasir, aluminium dan wayar tembaga secara pukal.

Ia membolehkan syarikat terbabit mendapatkan bahan berkenaan pada harga yang lebih baik berikutan belian pada skala lebih besar mampu mengurangkan kos di pihak pengeluar, justeru, memberi manfaat kepada semua pihak dalam industri.

“Masalah utama bagi kontraktor kecil, apabila mereka membeli (bahan binaan) pada kuantiti kecil, maka nasib mereka adalah ihsan pengeluar atau pembekal. “Jika mereka membeli menerusi Mavtrac, kami akan mengumpul semua pesanan dan membeli secara pukal, justeru, mendapatkan bahan itu pada harga lebih baik,” jelas Mohd Azman.

Beliau berkata, sehingga kini, syarikat itu menyokong kontraktor tempatan untuk menyiapkan projek pembinaan bernilai lebih RM250 juta. Mengulas mengenai perkembangan terbaru, Mohd Azman berkata, Rabu lalu pihaknya memeterai memorandum perjanjian (MoA) untuk membekalkan bahan binaan kepada Sime Darby Property Bhd, anak syarikat pembinaan konglomerat perladangan terkemuka dunia, Sime Darby Bhd.

“Mavtrac terpilih sebagai pembekal utama kepada Sime Darby Property. Perjanjian dimeterai minggu lalu, membabitkan pembekalan bahan binaan ke beberapa projek pembinaan milik syarikat itu di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, skop perjanjian itu juga membabitkan penyediaan perkhidmatan perbelanjaan dan pemerolehan strategik. Mengulas lanjut, Mohd Azman berkata, walaupun syarikat itu baru ditubuhkan, ia kini sudah diyakini oleh pelaksanaan projek pembinaan utama negara.

“Walau begitu, usaha harus diteruskan khususnya menyediakan bekalan binaan mencukupi bagi projek inisiatif kerajaan. Kami akan terus menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada komuniti pembinaan negara,” katanya.

“Sehubungan itu, Mavtrac pada tahun lalu telah membangunkan portal dagangan di www.mavtrac.com.my bagi membolehkan syarikat binaan membuat pesanan dan pertanyaan secara dalam talian,” katanya.

Langkah berkenaan, katanya, menggambarkan syarikat itu mengutamakan ketelusan, kebolehpercayaan, daya maju dan keadilan dalam urus niaga.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers