BANK Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menjangkakan dana akaun simpanan dan pelaburan Al-Awfar yang dilancarkan Mac lalu akan mencecah RM300 juta menjelang September ini, iaitu tiga bulan lebih awal daripada yang disasarkan.
Al-Awfar adalah akaun simpanan dan pelaburan unik berasaskan prinsip Mudharabah iaitu kontrak perkongsian keuntungan yang menawarkan ciri tambahan seperti pulangan ke atas simpanan atau pelaburan jika ada keuntungan.
Bank Islam melaburkan dana dalam akaun berkenaan ke dalam pelaburan mematuhi Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penyeliaan Syariah bank berkenaan.
Pengurus Besar Bahagian Perbankan Pelanggan Bank Islam, Khairul Kamarudin, berkata setakat 30 Jun lalu, bank itu merekodkan 40,990 akaun simpanan dan pelaburan Al-Awfar dengan dana bernilai RM145.8 juta.
Katanya, dalam tempoh dua bulan setengah, Bank Islam mencapai hampir 50 peratus daripada sasaran RM300 juta yang ditetapkan bagi akaun Al-Awfar sebelum akhir tahun ini. “Menjelang September ini, kami yakin untuk mencapai sasaran berkenaan iaitu tiga bulan lebih awal daripada yang ditetapkan ketika produk ini mula dilancarkan akhir Mac lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian cabutan bertuah pertama akaun Al-Awfar di Kuala Lumpur, semalam.
Khairul berkata, 80 peratus daripada pemegang akaun Al-Awfar adalah daripada akaun simpanan manakala bakinya daripada akaun pelaburan. Katanya, daripada jumlah keseluruhan pemegang akaun itu, 80 peratus pelanggan beragama Islam dan 20 peratus bukan Islam.
“Kita menyaksikan sambutan baik daripada semua segmen pelanggan yang mencerminkan keyakinan terhadap produk ini,” katanya. Beliau menjelaskan deposit minimum bagi membuka akaun simpanan Al-Awfar ialah RM100 manakala deposit minimum bagi akaun pelaburan ialah RM1,000 bagi tempoh sebulan dan minimum RM500 bagi tempoh tiga hingga enam bulan.
Katanya, pelanggan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sehingga RM100,000 untuk setiap tiga bulan sekali jika mereka membuka akaun simpanan atau pelaburan Al-Awfar. Pada cabutan bertuah akaun Al-Awfar yang pertama semalam, seorang pengusaha restoran dari Sabah, Mohamad Razak dipilih sebagai pemenang dan membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000.
Sementara itu, Khairul berkata Bank Islam mencatatkan penurunan kadar pembiayaan tidak berbayar (NPF) ke paras bawah 10 peratus bagi tahun berakhir 30 Jun 2009 berbanding sekitar 15 peratus tahun sebelumnya.
“Bank berjaya menurunkan kadar NPF bersandarkan tumpuan lebih agresif terhadap kerja pemulihan, selain tumpuan terhadap pertumbuhan perniagaan kami,” katanya tanpa memberikan angka sebenar kadar NPF Bank Islam ketika ini.
Beliau menambah, pihak pengurusan Bank Islam dijangka mengumumkan keputusan kewangan bank itu pada pengumuman prestasi akhir tahunnya iaitu antara Ogos dan September ini. Sehingga kini, Bank Islam menawarkan kira-kira 50 produk serta perkhidmatan perbankan berasaskan Syariah yang boleh diperoleh menerusi 93 cawangannya di seluruh negara.
July 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com