PROJEK Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) bernilai RM11.3 bilion memberi manfaat kepada kira-kira 200 vendor tempatan sejak 2008 sehingga kini, membabitkan kontrak bernilai ratusan juta ringgit.
Ketua Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM), Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata skop projek dan teknologi yang terbabit dalam pelaksanaan projek HSBB juga membolehkan TM menyumbang terhadap pembangunan modal insan dan pembinaan kapasiti dalam negara serta mewujudkan peluang pekerjaan.
Katanya, sumbangan itu dilakukan menerusi penyediaan latihan teknologi Protokol Internet (IP) dan teknologi jalur lebar terkini serta pengambilan tenaga kerja tambahan oleh perunding projek, kontraktor dan vendor.
Beliau berkata, projek berkenaan dijangka dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 0.6 peratus dan mewujudkan 100,000 pekerjaan menjelang 2017. “Walaupun dalam peringkat pelaksanaan awal, projek HSBB sudah pun memberikan faedah kepada syarikat dan perniagaan Malaysia. Peningkatan ini hadir ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu untuk vendor dan perniagaan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pembabitan TM dalam teknologi dan sistem baru untuk HSBB mewujudkan lebih 4,000 pekerjaan baru dalam ekosistem projek itu yang mana TM selaku perunding luar dan vendor projek, terbabit untuk menawarkan perkhidmatan bagi skop projek dari segi sistem, akses gentian dan infrastruktur teras IP.
TM juga melancarkan Program Pembangunan Vendor yang berlangsung selama tiga tahun bagi memastikan kontraktor luar tempatannya mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk melaksanakan kerja berkaitan HSBB.
Sejajar usaha untuk meningkatkan pembangunan sumber manusia berkaitan dengan Projek HSBB, TM di bawah program berkenaan mengadakan latihan teknologi gentian untuk hampir 600 pekerja kontraktor luar tempatan di Kolej Latihan TM pada 2008.
Seramai 800 orang lagi akan menjalani latihan teknologi gentian optik dan pelaksanaan Fibre to the Home (FTTH) pada tahun ini. Sehingga kini, lebih 6,500 pekerja kontraktor TM sedang menyelia pelaksanaan akses gentian untuk HSBB, selain projek itu juga membabitkan penempatan tenaga kerja vendor seramai lebih 13,000 orang.
Daripada segi prasarana fizikal pula, Zamzamzairani berkata pihaknya memperuntukkan lebih RM600 juta untuk prasarana pasif ‘Fibre-to-the-Home’ (FTTH) untuk tempoh tiga tahun akan datang.
“Walaupun syarikat dan perniagaan tempatan adalah penerima manfaat utama daripada pelaksanaan rangkaian HSBB setakat ini, pelaksanaan secara berterusan projek ini akan membawa lebih banyak manfaat kepada segenap golongan masyarakat Malaysia. “Ini dari segi pembangunan kapasiti, pembangunan kandungan tempatan, pemindahan teknologi dan pengalaman pengguna,” katanya.
July 9, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com