KUALA LUMPUR 13 Julai - Pihak industri dan para pengguna di Malaysia dapat menggunakan produk yang berkualiti dan lebih baik serta mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan pelaksanaan piawaian mandatori, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ia berkata, pelaksanaan standard mandatori dapat memastikan hanya produk berkualiti yang diterima pakai sahaja yang diimport atau dikeluarkan di pasaran tempatan.
"Piawaian mandatori juga dapat memastikan semua produk menepati keperluan ciri-ciri keselamatan, kesihatan dan alam sekitar yang mengikut garis ketetapan piawaian antarabangsa," kata MITI dalam kenyataan di sini hari ini.
"Ciri-ciri yang ditentukan terhadap piawaian mandatori dapat meningkatkan persaingan di antara para pengeksport tempatan di arena global, di samping dapat melindungi keperluan pengguna di pasaran tempatan," katanya.
Sehingga 31 Mac 2009, sejumlah 5,588 piawaian Malaysia telah dibangunkan, di mana 3,101 piawaian adalah selaras dengan piawaian antarabangsa dan 173 telah dijadikan piawaian mandatori.
Terdapat tiga piawaian mandatori untuk besi dan keluli, komponen dan peralatan elektronik (57), makanan, produk makanan dan pertanian (38), kejuruteraan awam dan pembinaan (37), bahan kimia (11), kenderaan darat (tujuh), perlindungan kebakaran (tujuh), teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (enam), petroleum dan gas (empat) dan kejuruteraan mekanikal (tiga).
Di peringkat nasional, isu-isu berkaitan pematuhan piawaian mandatori dibincangkan melalui Jawatankuasa Badan Penyelarasan Pusat (CCB) di bawah unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri dan Jawatankuasa Piawaian Mandatori Industri di MITI.
CCB di bawah EPU menyelaraskan piawaian dan peraturan teknikal bagi seluruh sektor ekonomi sementara MITI melalui Jawatankuasa Piawaian Mandatori Industri (CMIS) bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan menyelaras perlaksanaan piawaian mandatori dengan tujuan untuk mempromosi pengeluaran produk berkualiti dan memiliki ciri-ciri keselamatan bagi produk perkilangan. - Bernama
July 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com