KUALA LUMPUR 13 Julai - United Kingdom mengalu-alukan langkah Malaysia untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan dan sekali gus membuka ekonomi, kata Pesuruhjaya Tinggi Britain Boyd McCleary hari ini.
"Malaysia amat berjaya dalam mendapatkan aliran masuk pelaburan dan saya tahu yang syarikat UK yang berpangkalan di sini telah menunjukkan prestasi baik dan gembira beroperasi di rantau ini. Saya pasti langkah-langkah ini akan menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia," kata beliau.
McCleary berkata demikian semasa perasmian Persidangan Dunia Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA) 2009 yang diadakan di sini.
"Memandangkan ekonomi pengguna terkemuka telah mula lembap, begitu juga permintaan mereka untuk produk dan perkhidmatan dan kita boleh lihat impak ini di Malaysia dengan pertumbuhan sihat sebanyak empat peratus lebih pada 2008 kepada unjuran menguncup empat peratus tahun ini," kata beliau.
Persidangan itu yang bertemakan 'Perkampungan Global - Tiada Sempadan, Tiada Had', memberi tumpuan kepada pengurusan keuntungan global dalam situasi kelembapan, penyumberan luar sebagai strategi berdaya saing, kos pengurusan, membentuk masa depan, dan kesan krisis ekonomi semasa ke atas globalisasi.
Menurut McCleary, krisis ekonomi semasa telah menjadikannya lebih jelas yang 'dalam perkampungan global hari ini ini, kita lebih rapat sebagai jiran berbanding daripada apa yang kita sedari'.
"Kita perlu bantu jiran kita untuk memulihkan kembali keadaan, sebahagian untuk membantu jiran, tetapi sama penting juga untuk melindungi kepentingan kita sendiri.
"Tetapi berita baiknya ialah dalam perkampungan global hari ini, cuaca yang suram boleh kembali cerah dan bertambahnya tanda-tanda positif dalam ekonomi global yang mana Malaysia akan sama-sama bergerak kembali kepada pertumbuhan sebaik sahaja pemulihan yang amat dijangkakan itu bermula," tambah beliau.
Ini akan melibatkan bukan hanya aliran perdagangan tetapi juga aliran pelaburan, kata McCleary sambil menambah yang UK kekal sebagai destinasi paling popular untuk aliran masuk pelaburan ke Eropah dan penerima kedua terbesar pelaburan di dunia selepas Amerika Syarikat. - BERNAMA
July 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com