July 17, 2009

Peniaga kecil yakin prospek ekonomi meningkat

TAHAP keyakinan pengusaha perniagaan bersaiz kecil di Malaysia sudah kembali meningkat berbanding enam bulan lalu, demikian menurut kaji selidik Pengawas Keyakinan Perniagaan Kecil di Pasaran Baru Muncul yang dijalankan HSBC Bank.

Mengumumkan laporan kaji selidik itu, Pengarah Urusan Bahagian Komersial HSBC Bank Malaysia Bhd, David Morton, berkata keputusan itu menunjukkan tanda optimistik pengusaha perniagaan kecil tempatan terhadap prospek ekonomi tahun ini serta keyakinan terhadap langkah positif yang diambil kerajaan dalam merangsang ekonomi negara.

Beliau berkata, hasil kaji selidik yang dijalankan pada Mei dan Jun lalu itu juga mendapati ada kesediaan di kalangan perniagaan kecil menambah modal dan mengambil kakitangan baru tahun ini, sungguhpun majoriti bercadang mengekalkannya buat masa ini.

“Satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah perniagaan kecil kini menunjukkan lebih banyak tanda optimistik ketika ini, terutama dalam tinjauan ekonomi tempatan sungguhpun menerima kesan daripada kelembapan ekonomi global.

“Kita menyaksikan perniagaan bersedia melantun kembali,” katanya pada taklimat media berhubung hasil kaji selidik itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Pengarah Industri Kecil dan Sederhana HSBC Bank, CY Cheah.

Kaji selidik itu mencerminkan pendapat lebih 3,400 pengusaha perniagaan bersaiz kecil di 12 pasaran baru muncul merentasi Asia, Amerika Selatan dan Asia Barat. Responden disoal mengenai tinjauan pertumbuhan ekonomi untuk tempoh enam bulan akan datang, pelan pelaburan modal, pengambilan pekerja baru dan perdagangan.

Keputusan kaji selidik itu digunakan bagi mengira tahap keyakinan dari skala 0 hingga 200, yang 200 mewakili tahap keyakinan tertinggi, 0 terendah dan 100 neutral. Mengulas mengenai Pengawas Keyakinan Perniagaan Kecil HSBC itu, Morton berkata, kaji selidik itu mendapati tahap keyakinan pengusaha perniagaan bersaiz kecil Malaysia berada pada paras 99, iaitu peningkatan 15 mata berbanding enam bulan lalu.

Beliau berkata, 23 peratus menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara akan lebih pantas lagi dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala 41 peratus mengatakan ia tidak berubah. Katanya, mereka yang berdagang dengan China dan negara Asia lain menunjukkan maklum balas lebih positif berbanding suku keempat tahun lalu, dan bakal muncul yang pertama menyaksikan peningkatan perniagaan.

Morton berkata, indeks serantau menokok kepada 107 pada suku kedua tahun ini berbanding 92 suku keempat tahun lalu, sekali gus mencerminkan peningkatan tahap keyakinan secara keseluruhannya dengan Vietnam mencatat indeks tertinggi di rantau ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers