PEMULIHAN ekonomi Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah akan memberikan kesan lebih bermakna kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, berbanding China, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier).
Pengarah Eksekutifnya Prof Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, berkata walaupun negara Asia termasuk China menyumbang 16 peratus daripada jumlah eksport negara ini, namun sebahagian besarnya adalah barangan komponen yang diproses dan dieksport semula ke pasaran AS, Jepun dan Eropah.
“Justeru, selagi pasaran AS dan Eropah tidak pulih, peningkatan eksport Malaysia sukar dicapai. Meskipun ekonomi China mula menunjukkan peningkatan, ia tidak memberi kesan besar berbanding pemulihan AS, Jepun dan Eropah.
“Malaysia akan hanya mendapat manfaat jika China mencatatkan pertumbuhan (ekonomi) melebihi 10 peratus dan pertumbuhan sebegitu hanya berlaku jika ekonomi AS, Jepun dan Eropah pulih,” katanya kepada pemberita selepas majlis Taklimat Ekonomi Nasional Ke-24 badan penyelidikan itu di Kuala Lumpur, semalam.
Mohamed Ariff berkata, bagi membolehkan ekonomi Malaysia kembali mencatat pertumbuhan tinggi melebihi enam peratus, ekonomi AS perlu mencatatkan pertumbuhan melebihi tiga peratus.
Rizab Persekutuan AS semalam menyemak semula pertumbuhan ekonomi AS tahun ini kepada antara negatif 1.0 peratus hingga 1.5 peratus daripada negatif 2.6 peratus yang diunjurkan sebelum ini.
Sementara itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan, ekonomi Jepun dan Eropah tahun ini dijangka menguncup 6.0 peratus dan 4.8 peratus. Bagi China, IMF mengunjurkan ekonomi negara itu akan berkembang 7.5 peratus tahun ini dan 8.5 peratus tahun depan.
Mohamed Ariff berkata, ekonomi Malaysia dijangkakan akan mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat tahun ini. “Prestasi suku kedua lalu adalah hampir sama dengan suku pertama, iaitu penguncupan enam peratus. Prestasi suku ketiga pula dijangkakan negatif 4.0 peratus.
“Bagaimanapun, pada suku keempat, saya jangka ekonomi akan kembali mencatat pertumbuhan positif sekitar 2.0 peratus,” katanya. Bagi seluruh tahun ini, katanya, ekonomi negara dijangkakan menguncup 4.2 peratus sebelum kembali meningkat pada kadar 2.8 peratus tahun depan.
Mengenai liberalisasi sektor perkhidmatan, kewangan serta Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), Mohamed Ariff berkata, ia akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. Katanya, langkah itu akan menampakkan kesan positif dalam jangka panjang khususnya dalam merubah ekonomi Malaysia daripada sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi kepada negara berpendapatan tinggi.
“Namun kerana sektor luaran yang masih lembap, langkah itu sukar memberikan kesan serta-merta. Kesannya hanya akan kelihatan apabila ekonomi negara pulih kelak,” katanya.
July 17, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com