July 4, 2009

Pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 3 Julai - Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung saham-saham berwajaran tinggi terpilih dan saham bernilai rendah menjelang pengenalan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur minggu depan, kata peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) turun 6.02 mata atau 0.558 peratus untuk ditutup pada 1,072.69, diseret turun akibat kerugian, sebahagian besarnya saham IJM Corp dan Hong Leong Bank.

IKKL yang dibuka 8.46 mata lebih rendah pada 1,070.25, bergerak antara 1,067.84 dan 1,077.43 sepanjang hari.

Indeks Perladangan turun 31.78 mata kepada 5,375.84, Indeks Kewangan susut 46 mata kepada 8,542.12 manakala Indeks Perusahaan turun 13.43 mata kepada 2,375.51.
Indeks FBMEmas susut 13.86 mata kepada 7,208.01 dan Indeks FBMMesdaq turun 22.67 mata kepada 3,976.31.

Indeks FBM2BRD meningkat 35.32 mata kepada 4,725.07 manakala Indeks FBM30 menokok 12.7 mata kepada 6,987.67 Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 284 berbanding 280 manakala 207 kaunter tidak be.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby tidak berubah pada RM7.25, Maybank menokok lima sen kepada RM5.75, Bumiputra-Commerce susut lima sen kepada RM9.50 manakala Tenaga menokok 15 sen kepada RM7.75.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.097 bilion saham bernilai RM983.826 juta berbanding 906.716 juta saham bernilai RM1.158 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 991.288 juta saham bernilai RM956.462 juta berbanding 803.259 juta saham bernilai RM1.129 bilion semalam.
Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 56.459 juta unit bernilai RM17.432 juta berbanding 52.452 juta unit bernilai RM17.781 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Mesdaq berjumlah 28.261 juta saham bernilai RM4.574 juta berbanding 28.62 juta saham bernilai unit bernilai RM4.427 pada Khamis. Warran meningkat kepada 14.846 juta unit bernilai RM2.663 juta berbanding 12.748 juta unit bernilai RM2.144 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 23.179 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan pengguna 138.601 juta, pembinaan 43.702 juta, perdagangan/perkhidmatan 275.442 juta, teknologi 7.407 juta, infrastruktur 35.426 juta, kewangan 38.37 juta, hotel 1.723 juta, hartanah 406.511 juta, perladangan 17.713 juta, prelombongan tiada, REIT 3.319 juta dan dana tertutup 75,400.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers