July 4, 2009

Liberalisasi ekonomi Najib satu pendekatan berani: Pak Lah

PASIR SALAK: Tun Abdullah Ahmad Badawi, hari ini menyifatkan pendekatan liberalisasi dalam sektor ekonomi negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai satu langkah berani.

Bekas perdana menteri itu, berkata sejak Najib mengambil alih pentadbiran negara, banyak pendekatan, usaha serta langkah yang dilaksanakannya dilihat membawa banyak kebaikan kepada negara. "Pendekatan baru-baru ini iaitu liberalisasi ekonomi itu adalah satu langkah yang berani.

Apa yang penting ia tidak mengorbankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terutama menyentuh aspek pembasmian kemiskinan kerana masih ada yang perlu diselesaikan.
"Selain itu penyusunan masyarakat juga perlu terus dilaksanakan untuk mengimbangi kedudukan kaum-kaum di negara ini supaya tidak ada yang diketepikan dan tidak ada yang dilupakan," katanya ketika berucap pada majlis Jasamu Dikenang anjuran Parlimen Pasir Salak dan kerajaan negeri Perak di Kampung Gajah di sini.

Hadir sama ialah isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman serta kira-kira 5,000 hadirin. Abdullah melahirkan keyakinan bahawa Najib akan sentiasa mengambil pendekatan terbaik untuk negara dan rakyat berdasarkan keadaan semasa dan kepentingan masyarakat.

Selain itu, Abdullah berkata, kerajaan negeri yang diterajui Zambry kini perlu meneruskan segera pembangunan serta mengutamakan kepentingan rakyat. "Sekarang ini bukan masa untuk bersilat dan berbalah dengan pembangkang... adat pembangkang cetuskan peristiwa hanya untuk menarik perhatian rakyat, kalau kita melayan semua ini, masa kita akan habis dengan persengketaan.

Jangan bersengketa dengan pembangkang serta dalam parti (Umno dan BN)," katanya. Sementara itu, Zambry dalam ucapannya, berkata proses peralihan kuasa yang dilakukan Abdullah adalah satu contoh terbaik seorang pemimpin dan menyifatkan pemilihan Najib sebagai Perdana Menteri adalah paling tepat. "Sifat mengenang jasa setiap peringkat pemimpin perlu ada dalam jiwa raga masyarakat. Generasi dan pemimpin pada hari ini jangan lupa orang lama," katanya. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers