KEGAWATAN ekonomi Asia dilihat sudah mencapai kemuncaknya dan berkemungkinan menjadi rantau pertama yang keluar daripada kelembapan ekonomi global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Pembangunan Asia (ADB), Lee Jong-Wha.
Beliau bagaimanapun menegaskan, adalah sukar bagi rantau ini yang mempunyai penduduk paling padat di dunia untuk kembali kepada senario pertumbuhan ekonomi tinggi seperti pada 2007 dan sebelumnya sehingga negara maju pulih.
Bercakap pada sidang media di Manila, Lee berkata berbanding kawasan lain, Asia, tidak termasuk Jepun, kebanyakannya mampu mencatat pertumbuhan positif ketika krisis, sungguhpun pada paras lebih rendah.
Beliau berkata, ADB kini menyaksikan perangkaan lebih dan menyimpulkan Asia akan menyaksikan pemulihan lebih cepat berbanding negara maju. “Dasar pengembangan monetari yang dilaksanakan oleh kerajaan di Asia, iaitu menggerakkan pinjaman serta menurunkan kadar faedah membantu penduduk Asia berbelanja lebih untuk menjana ekonomi tempatan,” kata Lee.
Sementara itu, negara besar di Asia seperti China dan India mengekalkan pertumbuhan kukuh dan menyediakan permintaan bagi eksport negara jiran.
“Kita kini berada dalam peralihan daripada kemelesetan kepada pemulihan. Persoalannya sekarang ialah berapa pantas pemulihan berkenaan. Tiada siapa dapat memberikan kata pasti,” katanya.
ADB yang berpangkalan di Manila berkata, ia akan mengemas kini pada 22 September unjuran Asian Development Outlook, yang sebelum ini menjangka Asia akan menyaksikan pertumbuhannya susut kepada 3.4 peratus tahun ini berbanding 6.3 peratus pada 2008. - AFP
July 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com