July 7, 2009

Pejabat baru Naza 50 tingkat

KUMPULAN Syarikat Naza akan menjadikan Naza Tower, menara pejabat 50 tingkat bernilai RM4 bilion di Platinum Park, Kuala Lumpur sebagai ibu pejabat barunya apabila siap pada 2013. Pengerusi Naza TTDI Sdn Bhd, SM Nasarudin SM Nasimuddin, berkata Naza Tower mempamerkan reka bentuk unik memenuhi ciri mesra alam menerusi penggunaan tenaga, air dan teknologi.

Katanya, hartanah itu bakal menjadi antara bangunan terawal layak memohon pengiktirafan “Green Mark” yang dilancarkan baru-baru di bawah program “Indeks Bangunan Hijau” di Malaysia.

“Naza Tower adalah wacana kepada pencapaian dan kejayaan Kumpulan Syarikat Naza. Adalah menjadi harapan, dengan adanya jenama Naza di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, ia akan meletakkan kami setara dengan syarikat terkemuka tempatan serta antarabangsa lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah Naza Tower yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail; Pengerusi bersama Kumpulan Syarikat Naza, SM Faisal SM Nasimuddin; dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI Sdn Bhd, SM Faliq SM Nasimuddin.

SM Nasarudin menambah, selain berfungsi sebagai pusat operasi baru, bahagian bawah menara itu akan menempatkan bilik pameran dan jualan kenderaan canggih di bawah kumpulan itu. Katanya, lapan tingkat lagi diperuntukkan bagi tempat letak kenderaan aras podium dan tiga tingkat tempat letak kenderaan bawah tanah.

Beliau berkata, Naza Tower yang mempamerkan reka bentuk memutar unik, akan turut dilengkapi sistem keselamatan canggih dan terkini serta pusat rekreasi perniagaan. “Naza Tower diilhamkan untuk melambangkan dinamisme dan kebolehubahan, selari wawasan dan matlamat Kumpulan Syarikat Naza,” katanya.

Sementara itu, SM Faliq berkata cadangan penyenaraian Naza TTDI tidak akan dilaksanakan tahun ini. “Ia ditangguhkan buat masa ini. Keputusan sama ada akan menyenaraikannya atau pun tidak, hanya akan diketahui enam bulan akan datang,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers