July 7, 2009

FTSE dorong syarikat tingkat prestasi

PENERIMAAN pakai Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) akan mendorong syarikat meningkatkan prestasi masing-masing dalam jangka panjang supaya menjadi antara 30 kaunter terunggul bursa tempatan, demikian menurut pendapat penganalisis.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan penggunaan 30 kaunter berbanding 100 kaunter di bawah KLCI mungkin menyebabkan keadaan turun naik kerana pergerakan harga satu atau dua kaunter berwajaran boleh menggerakkan pasaran sama ada menaik atau menurun.

Sebelum ini, dengan 100 kaunter, risiko keadaan turun naik diserapkan oleh pasaran dengan baik, kata mereka.

FBM KLCI, yang menggantikan KLCI, muncul lemah pada penampilan sulungnya semalam apabila ia mengakhiri dagangan 6.86 mata lebih rendah pada 1,065.83. Tahap terendahnya dalam seharian ini ialah 1,062.65.

FBM KLCI merangkumi 30 syarikat tersenarai terbesar berdasarkan nilai pasaran dengan sekurang-kurangnya 15 peratus apungan bebas dan mudah tunai minimum 10 peratus. Konstituennya juga adalah penggerak pasaran utama, mewakili kira-kira 60 hingga 70 peratus permodalan pasaran Papan Utama.

Bursa Malaysia memperkenalkan piawaian indeks global FTSE bagi menarik pengiktirafan dan kredibiliti serta merta di kalangan pelabur antarabangsa. Indeks FBM KLCI juga selaras dengan piawaian yang diterima seluruh dunia, yang memberi kepentingan kepada daya dagang, daya labur dan ketelusan, iaitu tiga kriteria penting yang digunakan oleh pelabur untuk menilai daya tarikan sesebuah pasaran. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers