July 7, 2009

Kesan pendekatan baru FIC dijangka tahun depan

KERAJAAN yakin kesan daripada pengenalan beberapa pendekatan baru termasuk kelonggaran terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diumumkan minggu lalu, akan mula dapat dilihat dalam pasaran modal tempatan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada jangkaan umum bahawa ekonomi global mungkin akan pulih pada masa itu. “Kesannya memang belum dapat dilihat lagi kerana ia proses yang mengambil masa.

Namun dengan mekanisme yang ada seiring pula dengan pakej rangsangan, ia akan memberi kesan yang baik terhadap pasaran modal awal tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Keempat anjuran Persatuan Persijilan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli), di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Asli, Datuk Dr Michael Yeoh dan Pengarah CAAC Asia dan Australia, Tay Kay Luan. Chor mengulas mengenai keadaan pasaran saham dan ekonomi negara dilihat kurang memberangsangkan serta mencatatkan pertumbuhan lemah ketika ini, walaupun kerajaan mengambil langkah melonggarkan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dan menubuhkan institusi pelaburan baru.

Langkah yang diambil itu bertujuan memberi kesan yang positif dalam jangka panjang terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Chor berkata, kerajaan percaya mekanisme pemuli- han ekonomi diperkenal- kan kerajaan akan menunjukkan kesan dalam jangka panjang.

Katanya, sokongan rakyat termasuk pertubuhan ekonomi seperti ACCA dan Asli turut membantu memacu lagi pertumbuhan ekonomi negara. Mengenai model ekonomi baru, beliau berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) sedang berusaha keras menyiapkannya dan ia dijangka siap menjelang tahun depan.

Katanya, model ekonomi baru yang berteraskan inovasi dan kreativiti itu ibarat `kek ekonomi’ yang perlu diperbesarkan lagi saiznya berbanding sekarang. “Apabila kek ekonomi ini dapat diperbesarkan, semua komuniti etnik dapat merasainya.

Jika ia kecil dan tidak berkembang, perkongsiannya tidak akan memuaskan hati banyak pihak,” katanya. Terdahulu, dalam ucapannya Chor berkata, peranan yang dimainkan CFO adalah amat penting terutama ketika berurusan dalam iklim pelaburan yang tidak menentu dengan perlu menjadi lebih cekap dan tepat menilai aset.

Katanya, pada masa sama CFO perlu menguruskan pula kesilapan yang mungkin meningkat dan pelbagai peraturan yang muncul selepas tempoh masalah subprima. “CFO memainkan peranan penting bukan saja memastikan kejujuran dalam pengurusan kewangan, malah menunjukkan contoh etika yang baik terhadap pertubuhan yang diwakilinya,” katanya.

Dalam pada itu, Chor menegaskan bahawa kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar cukai lapangan terbang dalam tempoh terdekat kerana kadarnya dianggap sudah memadai ketika ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers