July 13, 2009

Pantulan teknikal minggu ini

SAHAM di Bursa Malaysia didagang dalam jajaran kecil dengan kecenderungan penurunan sepanjang minggu lalu berikutan kekurangan penyertaan pelabur yang secara umumnya bimbang mengenai pengaruh kelemahan pasaran antarabangsa.

Susulan itu, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 4.93 mata atau 0.46 peratus berbanding minggu sebelumnya untuk ditutup pada 1,067.76 mata pada Jumaat.

Bagaimanapun, kerugian bagi saham mewah yang menjejaskan prestasi seperti BCHB yang susut 30 sen, IOI Corp (-20 sen) dan Genting Bhd (-25 sen), ditampung dengan peningkatan kaunter utama lain termasuk Public Bank yang meningkat 20 sen, Axiata (lapan sen) dan Tenaga (15 sen), justeru mengehadkan penurunan FBM KLCI.

Jumlah purata dagangan harian juga susut kepada 680.2 juta saham bernilai RM1 bilion, berbanding 999.2 juta saham bernilai RM1.08 bilion pada minggu sebelumnya. Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat sempena sambutan 100 hari sebagai Perdana Menteri Keenam yang disasarkan untuk membantu peniaga kecil.

Antara pengumuman penting adalah pemberian diskaun bayaran tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya lebih daripada 80 kali sebulan menerusi perkhidmatan Smart Tag atau Touch ‘n’ Go berkuat kuasa 1 September ini, dengan memberi manfaat kepada perniagaan atau individu yang kerap menggunakan tol.

Perkara ini dijangka menyebabkan kemungkinan berlaku penurunan mengejut harga saham syarikat infrastruktur tersenarai seperti Plus dan Litrak, namun kesan negatif itu sukar dianggarkan tanpa mengetahui jumlah kekerapan penggunaan jalan raya bertol oleh pemilik kenderaan di negara ini.

Namun, pemberian diskaun itu adalah langkah jangka pendek sementara menantikan semakan semula kadar tol secara komprehensif yang bakal diumumkan kelak. Selain itu, langkah menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia, saham amanah baru dengan saiz maksimum 10 bilion unit dilihat positif bagi pasaran modal negara khususnya dalam jangka pendek dan sederhana. Penubuhan saham amanah itu akan menyuntik modal baru kepada pasaran modal, khususnya pasaran ekuiti dan bon.

Dari segi teknikal, sebahagian petunjuk harian pasaran saham tempatan sudah menunjukkan kemungkinan berlaku pantulan teknikal pada minggu ini. Bagaimanapun, sentimen semasa pasaran masih lemah dan berkemungkinan menyebabkan sebahagian besar pelabur mengambil pendirian untuk berada di luar pasaran sementara menunggu petunjuk baru berhubung prospek pemulihan ekonomi global.

Ia termasuk pengumuman keputusan kewangan suku kedua firma Amerika Syarikat (AS) yang akan bermula minggu ini dan berakhir akhir Julai. Sementara itu, beberapa petunjuk utama lain seperti angka pengeluaran industri, inventori perniagaan, perumahan, permit bangunan dan jualan runcit AS juga akan diumumkan pada minggu ini.

Walaupun petunjuk momentum harian FBM KLCI adalah bulis, petunjuk momentum mingguan masih lagi memaparkan kelemahan. Berikutan itu, jika momentum belian kekal lemah pada minggu ini, sebarang pantulan teknikal yang berlaku dianggap lemah dan terdedah kepada aktiviti pengambilan untung yang akan mengehadkan kenaikan.

Paras halangan semasa FBM KLCI adalah pada 1,083 mata dan paras halangan utama pula adalah pada jajaran 1,090 hingga 1,095 mata. Sementara itu, paras sokongan indeks pula adalah pada 1,055 dan 1,049 mata. Susulan itu, pelabur disarankan menjual ketika harga meningkat ke atas saham mewah dan murah berikutan nisbah risiko keuntungan bagi sebahagian besar saham masih belum mantap pada paras semasa.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers