July 13, 2009

Syor mata wang global dipelbagai

PRESIDEN Russia, Dmitry Medvedev mendedahkan kepada umum, syiling yang mewakili ‘mata wang dunia masa depan’ pada Persidangan Kumpulan Lapan Negara Maju (G8) di Itali, susulan kekecewaan terhadap krisis kewangan global berpunca daripada kegagalan sistem kewangan Amerika Syarikat (AS).

“Kami sedang berbincang mengenai peranan mata wang nasional lain, termasuk menjadikan ruble sebagai mata wang rizab serta mata wang supranasional,” kata Presiden Russia itu pada sidang media yang dipetik agensi berita AFP di L’Aquila, Itali, kelmarin.

Russia bersama China, sebelum ini menggesa sistem mata wang global dipelbagaikan dan dipisahkan daripada dolar AS, yang mendominasi urus niaga global serta menjadi mata wang rizab antarabangsa sejak berakhir Perang Dunia Kedua.

Bagaimanapun, Medvedev yang dipetik sebuah agensi berita asing lain berkata, walaupun syiling itu, yang menyamai euro dan memaparkan imej lima daun, adalah hadiah yang diberikan kepada pemimpin yang menghadiri persidangan itu.

Katanya, ia menggambarkan masyarakat dunia kini mengkaji secara mendalam pembentukan mata wang global baru. “Secara umumnya, kemungkinan sesuatu seperti itu akan muncul yang boleh dipegang dan digunakan sebagai pengantara pembayaran.

“I adalah mata wang antarabangsa. Ia simbol penyatuan dan hasrat kami menyelesai isu seperti itu secara bersama,” katanya. - Agensi

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers