July 6, 2009

Operasi Help International tak terjejas

HELP International Corporation Bhd yang terbabit dalam bidang pendidikan memiliki prospek pertumbuhan mantap dan aliran tunai positif kerana perniagaan yang diceburi secara amnya terselamat daripada kelembapan ekonomi.

Kumpulan itu bakal meraih manfaat daripada kegawatan ekonomi yang melanda negara ini kerana lebih ramai penuntut memilih melanjutkan pelajaran dalam negara disebabkan yuran tuisyen lebih murah.

Dari segi rekod pencapaian, Help International sebagai penyedia pendidikan berkualiti menarik kira-kira 2,500 penuntut antarabangsa, yang mewakili 20 peratus jumlah penuntutnya.

Keputusan kewangan suku kedua Help International yang berakhir 30 April 2009 sejajar kebanyakan jangkaan sebelum ini. Ia terus mencatatkan pertumbuhan pendapatan dua angka. Keutuhan Help International mencerminkan kekuatan jenama selain memiliki model perniagaan kukuh.

Keuntungan pada suku kedua tahun kewangan semasa meningkat 22 peratus kepada RM5.3 juta, manakala pendapatan naik 16 peratus kepada RM27.9 juta didorong peningkatan penuntut dan program ditawarkan.

Keuntungan bersih itu adalah peningkatan empat kali ganda daripada RM1.2 juta pada suku sebelumnya. Keuntungan bersih untuk tempoh enam bulan sehingga 30 April 2009 meningkat kepada RM6.56 juta daripada RM5.18 juta, yang diraih daripada pendapatan yang meningkat 15.8 peratus kepada RM48.8 juta.

Imbangan kira-kira Help International sangat kukuh. Tunai bersihnya berjumlah RM74.6 juta pada April 2009, meningkat sedikit daripada RM73.4 juta pada Januari 2009, iaitu bersamaan 84 sen sesaham, atau 62 peratus harga saham semasa. Help International, menerusi anak syarikatnya, terbabit dalam perniagaan pendidikan.

Help University College adalah antara peneraju kolej swasta di Malaysia menawarkan ijazahnya sendiri selain program berkembar dengan universiti luar negara. Kumpulan itu turut menawarkan pendidikan dan latihan untuk golongan profesional dan eksekutif.

Kampus baru di Fraser Business Park, Kuala Lumpur, akan dibuka awal tahun depan yang mana Help International akan menyewa ruang di pusat perniagaan yang boleh menampung sehingga 5,000 penuntut.

Sebagai kampus bandar, ia menumpukan kepada kursus lepasan ijazah, teknikal dan masakan. Pelan pengembangan jangka panjangnya bertumpu kepada kampus Subang 2 berhampiran Sungai Buloh, di kawasan seluas 9.32 hektar.

Pembeliannya menanti untuk dimuktamadkan. Keseluruhan kampus dijangka menelan kos sekitar RM100 juta, termasuk tanah RM20.3 juta. Help International berharap mendapat kelulusan bangunan hujung tahun ini dan memulakan pembinaan tahun depan.

Fasa pertama, dengan keluasan binaan 300,000 kaki persegi akan membabitkan kos RM70 juta, termasuk tanah. Ia dengan mudah boleh dibiayai menerusi aliran tunai tahunan, sungguhpun ia berkemungkinan mengambil kesempatan daripada kadar faedah semasa yang rendah. Ijazah yang dikeluarkannya juga semakin popular di dalam dan luar negara.

Ia mendapat status kolej universiti pada 2004, membolehkannya menganugerahkan ijazah sendiri. Standard & Poor’s mengekalkan cadangan ‘Beli’ ke atas saham Help International dengan harga sasaran 12 bulan lebih tinggi RM1.60 daripada RM1.30 sebelum ini. S&P menyukai prospek pertumbuhan mantap dan aliran tunainya yang positif.

Risiko kepada cadangan S&P termasuklah perubahan dasar yang tidak dijangkakan dan rangka kerja kawal selia Kementerian Pendidikan Tinggi yang akan memberi kesan kepada kemasukan pelajar.

Penganalisis di Insider Asia pula menjangka keuntungan bersih Help International akan meningkat 21.1 peratus kepada RM14.3 juta dalam tahun kewangan semasa ini, didorong antaranya oleh peningkatan kemasukan penuntut dan peningkatan operasi di luar negara.

Francaisnya merangkumi Vietnam, Indonesia, China dan Arab Saudi. Penilaian nisbah harga berbanding pendapatan (P/E) syarikat, katanya sangat rendah pada 8.5 dan 7.7 kali pendapatan tahun kewangan 2009-2010 yang dilihat sebagai menarik, mengambil kira rizab tunainya yang selesa. Ia turut mengekalkan cadangan ‘Beli’ ke atas saham Help International.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers