July 6, 2009

Saham mewah terus jadi tumpuan

DI sebalik pembetulan kerana kegiatan pengambilan untung daripada keuntungan ‘window dressing’ separuh pertama minggu lalu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) masih mampu bertahan apabila saham mewah terus berada dalam jajaran meningkat berikutan keyakinan terhadap pendekatan jangka panjang diumumkan Perdana Menteri pada persidangan Invest Malaysia bagi meningkatkan lagi tahap liberalisasi pasaran domestik.

Minggu lalu, KLCI hanya jatuh 3.08 mata, atau 0.3 peratus untuk ditutup pada 1,072.69 mata, dengan keuntungan kukuh dicatatkan Sime Darby (+3.83 mata indeks), BCHB (+2.61) dan Public Bank (+1.12), sekali gus mengimbangi kerugian dialami kaunter saham mewah yang lain. Purata jumlah dan nilai dagangan harian terus perlahan masing-masing kepada 999.2 juta saham bernilai RM1.08 bilion, berbanding 1.33 bilion saham bernilai RM1.39 bilion minggu sebelumnya.
Pengumuman kerajaan sejak 23 April lalu berhubung langkah liberalisasi memperjelaskan mengenai keperluan rakyat Malaysia mengubah minda supaya menjadi lebih berdaya saing untuk bersaing di arena global tanpa bergantung kepada pimpinan atau bantuan.

Pendekatan terbaru menggantikan Jawatankuasa Pelaburan Asing yang sudah ketinggalan, kelonggaran peraturan yang ada kena mengena dengan pelabur asing, penghapusan keperluan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus bagi firma yang ingin disenaraikan dan 100 peratus pemilikan bagi syarikat saham amanah utama dan berkelayakan untuk beroperasi di Malaysia dalam segmen pemborongan adalah langkah positif untuk menarik modal asing, pada masa sama meningkatkan tahap daya saing Malaysia dalam dunia globalisasi.

Namun, idea berani dan berpandangan jauh itu menerima maklum balas senyap di pasaran kerana sentimen pasaran terjejas dengan data kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi daripada jangkaan.

Ia berlaku kerana kebimbangan kemelesetan ekonomi global yang berterusan lebih diberikan perhatian berbanding faktor domestik. Hakikatnya, ekonomi global melalui tempoh terburuknya dalam tempoh tiga bulan lalu dan dijangka terus berada dalam keadaan suram untuk dua suku tahunan akan datang.

Mungkin ada lebih banyak berita timbal balas mengenai situasi itu dalam suku ketiga 2009, tempoh yang mana kegiatan pasaran adalah perlahan, apabila ekonomi global membuat penyesuaian dalam tempoh perubahan antara kejatuhan dan pertumbuhan ekonomi. Sisi positifnya, petanda awal sudah muncul dan ia kelihatan dapat bertahan berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi yang penting.

Perubahan lebih baik dalam faktor luaran itu akan membawa kepada pertumbuhan eksport Malaysia dan syarikat elektrik dan elektronik (E&E) tempatan pula menyatakan ada pemulihan jualan dan mula mengambil pekerja pada suku kedua.

Jadi, pengumuman mengenai penguncupan eksport tahunan bagi Mei sebanyak 29.7 peratus pada Jumaat lalu bukanlah satu berita buruk kepada pasaran. Pendekatan perbelanjaan fiskal pula akan memberikan perlindungan tambahan untuk mengekang kejatuhan ekonomi memandangkan langkah itu dijangka menampakkan kesannya apabila hanya tinggal 18 bulan lagi untuk melengkapkan sasaran ditetapkan di bawah RMK-9 dan hanya 55.2 peratus daripada dana berjumlah RM230 bilion telah dibelanjakan sehingga akhir Mac 2009.

Bagi minggu ini, cari peluang untuk menjual dengan kedudukan urus niaga dalam barisan saham murah. Kehadiran momentum jualan yang kukuh menunjukkan risiko penurunan akan menjadi lebih terhad pada minggu ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers