July 6, 2009

3 negara bina salur gas rentas Sahara

NIGERIA, Algeria dan Niger memeterai perjanjian bagi membina saluran paip bernilai AS$10 bilion untuk menyalurkan gas merentasi Gurun Sahara ke Eropah, demikian diumumkan syarikat minyak milik Nigeria.

Rancangan itu timbul apabila negara Eropah mula mencari sumber import baru bagi gas kerana ketika ini kebanyakan keperluan gasnya dari Russia. Pengarah urusan syarikat minyak Nigeria, Nigeria National Petroleum Corporation, Mohammed Barkindo, berkata projek itu diluluskan semua menteri tenaga dari ketiga-tiga negara dan mula dilaksanakan pada 2015.

“Persetujuan antara kerajaan yang sudah dimeterai antara kerajaan Algeria, Niger dan Nigeria menandakan kelulusan rasmi. Ini satu pencapaian yang penting,” katanya. Menteri tenaga Nigeria, Rilwanu Lukmanu, berkata negara itu mencari rakan kongsi projek berkenaan.

“Kami akan berbincang dengan rakan kongsi berpotensi yang mungkin berminat,” kata Lukmanu.

Minggu lalu syarikat pembekal gas Russia, Gazprom dan syarikat minyak utama Nigeria bersetuju menubuhkan usaha meneroka dan mengeluarkan minyak serta gas di negara Afrika yang paling padat jumlah penduduk itu.

Ketua Gazprom di Nigeria berkata, syarikat Russia berekenaan akan melabur AS$2.5 bilion dalam usaha sama itu. Jika Gazprom berjaya menguasai sumber minyak Nigeria, ia memberikan alternatif kepada pengguna di Eropah daripada hanya bergantung kepada bekalan gas Russia.

Gazprom sedang menghadapi tempoh sukar kerana jumlah pengeluaran menurun, manakala krisis kewangan yang teruk pula menyebabkan ia terpaksa menangguhkan pembukaan kawasan gas utama yang baru untuk bekalan ke Eropah. - AP

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers