July 8, 2009

Microsoft kesan penggodam eksploitasi Internet Explorer

MICROSOFT memberi amaran wujudnya satu perisian di Internet Explorer yang boleh dieksploitasi oleh penggodam untuk mengambil alih operasi sesetengah komputer. Kelemahan itu dikenal pasti dalam satu program yang digunakan dalam web popular itu untuk memainkan video yang beroperasi menggunakan sistem Windows XP atau Windows Server 2003, kata syarikat itu dalam satu amaran yang dihantarnya secara dalam talian.

“Penggodam yang berjaya mengeksploitasi kelemahan ini akan memperoleh maklumat yang sama dengan pengguna sesebuah komputer,” katanya.

Firma itu berkata, ia menyedari mengenai cubaan ancaman untuk mengeksploitasi kelemahan itu dan sedang berusaha dengan rakan kongsinya untuk membetulkan kelemahan dalam program ActiveX Video Control yang berfungsi untuk merekod dan memainkan video serta turut menjadi antara komponen utama dalam Windows Media Center.

Justeru, ia menasihatkan pengguna komputer untuk tidak mengaktifkan ActiveX Video Control sehingga pembetulan dibuat. Microsoft menjelaskan, penggodam boleh mengambil kesempatan daripada kelemahan itu apabila pengguna internet mengunjungi laman web yang mempunyai perangkap dengan kod mencurigakan.

Selepas itu, pengguna komputer akan mendapat e-mel yang menarik mereka untuk mengunjungi laman web tertentu yang berbahaya untuk sistem komputer. “Penggodam kemudian boleh mengambil kesempatan untuk memasang program ke dalam komputer mangsa; melihat, mengubah atau menghapuskan data serta mencipta akaun baru dengan hak pengguna termasuk bagi tujuan e-dagang atau perbankan internet,” katanya. - AFP

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers