July 8, 2009

Proton lancar Saga edisi khas, Exora manual 1.6

PROTON Holdings Bhd semalam melancarkan model Saga Edisi Khas (SE) dan Exora gear manual 1.6. Pelancaran varian Saga premium yang lebih sporty dan kenderaan pelbagai guna (MPV) gear manual itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Hari Peneroka 2009 peringkat kebangsaan di Felda Maokil dekat Labis, Johor semalam.

Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata pelancaran varian baru Saga dan Exora pada hari peneroka di Felda Maokil itu adalah sejajar dengan slogan 1Malaysia oleh Perdana Menteri dan kerana aspirasi pengeluar kereta nasional itu untuk sentiasa dekat dengan rakyat tanpa memilih kaum, agama dan latar belakang ekonomi. Beliau berkata, ini adalah kali pertama Proton melancarkan keretanya di luar Kuala Lumpur.

Mohd Nadzmi menjelaskan, Saga SE yang ditawarkan dalam dua warna eksklusif, iaitu merah terang dan putih padu itu disasarkan kepada golongan muda yang mahu kelihatan berbeza daripada orang lain.

Varian itu, katanya, didatangkan dengan ciri bergaya, meliputi rim aloi reka bentuk baru; bumbung atas dan kekisi depan berwarna hitam, skirting depan dan sisi baru, spoiler belakang serta skirting belakang dengan diffuser berwarna hitam.

“Ia juga ditampilkan dengan kemasan dalaman baru termasuk tempat duduk kulit, panel meter berwarna putih, lohong penyaman udara krom gelap dan pemain CD berkeupayaan MP3,” katanya.

Nadzmi berkata, Saga SE itu dijangka ditawarkan pada harga termasuk insurans RM43,000 bagi gear manual dan RM45,000 bagi gear automatik, sementara Exora gear manual itu pula pada RM64,998 (warna metalik) dan RM64,548 (warna biasa).

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pula berkata kedua-dua varian baru itu dibuka untuk tempahan mulai semalam dengan bayaran tempahan RM500 bagi Saga SE dan RM1,000 untuk Exora MT. Katanya, Saga SE hanya akan berada di bilik pameran Proton Edar dan EON mulai 15 Ogos, manakala Exora gear manual mulai 16 Julai.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers