EON Bank Bhd merancang memperkenalkan perkhidmatan pembayaran menggunakan MyKad untuk pemegang akaunnya sebelum akhir tahun ini, sekali gus menjadikannya bank pertama di negara ini menawarkan perkhidmatan tambah nilai seumpama itu.
Ketua Bahagian Kad dan Pinjamannya, Aaron Tan, berkata pihaknya kini dalam proses akhir membangunkan teknologi berkenaan menerusi kerjasama ePetrol Holding Sdn Bhd serta memilih rangkaian rakan dagangan yang bakal menyertai program berkenaan. Katanya, untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan itu, orang ramai hanya perlu membuka akaun di EON Bank.
berkata, bagi kira-kira 600,000 pelanggan sedia ada bank itu, mereka hanya perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan. “Kemudahan itu bakal menawarkan satu lagi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pembayaran tanpa tunai, selain penggunaan kad kredit dan kad debit,” katanya selepas pelancaran program kebajikan MyKasih bersama Kumpulan EON di pasar raya Giant, Puchong, Selangor, semalam. Pelancaran program itu disempurnakan Ketua Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.
Hadir sama Pengerusi Yayasan MyKasih, Ngau Boon Keat dan Pengarah Pemasaran GCH Retail (M) Sdn Bhd, Ho Mun Hao. Program MyKasih di Puchong itu adalah susulan pelancaran program pertama MyKasih ‘Cintai Jiran Anda’ yang ditaja Dialog Group Bhd di stesen Caltex Selayang yang mana jumlah tajaan yang bermula dengan 25 keluarga, kini telah meningkat kepada 84 keluarga.
Pada majlis itu, Kumpulan EON menaja RM50,000 bagi program kebajikan MyKasih itu untuk disumbangkan kepada keluarga kurang berkemampuan di sekitar Puchong. Sumbangan itu akan digunakan sebagai perbelanjaan asas runcit bagi 50 keluarga selama setahun dan keluarga terbabit akan menggunakan MyKad mereka sebagai alat pembayaran tanpa tunai bagi perbelanjaan barangan terbabit di pasar raya besar Giant cawangan Bandar Kinrara.
Sementara itu, Badlisham berkata, penggunaan MyKad untuk mengagihkan bantuan kebajikan adalah satu kaedah berkesan dan lebih selamat dalam memastikan bantuan itu sampai kepada golongan sasaran. “Itu adalah satu daripada kemudahan dan keunikan yang ditawarkan MyKad yang mana kini ada lebih 50 aplikasi yang boleh digunakan melaluinya,” katanya.
July 8, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com